Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa kini berhasrat buka pusat pengajian Al-Quran

Pengacara jelita Noor Neelofa menanam hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa kini berhasrat buka pusat pengajian Al-Quran

Noor Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 10:18AM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 10:20AM

MALAYSIA: Pengacara jelita Noor Neelofa menanam hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran.

Sekalipun begitu, Neelofa, 29 tahun memberitahu media Malaysia beliau mahu memperbaiki dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum menunaikan impiannya itu, lapor mStar Online.

"Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu.

"Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” kata Neelofa kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Neelofa mahu memberi tumpuan utama dalam perniagaan tudungnya, Naelofar Hijab dan komitmennya terhadap syarikat penerbangan Air Asia.

Namun, ia tidak bermakna Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia itu mahu meninggalkan dunia seni, lapor mStar Online.

"Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi.

"Tapi itu tidak bermakna saya tinggalkan dunia seni. Jika ada tawaran yang bagus dan baik, Insya-Allah saya akan terima,” ujarnya.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan