Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nabil belanja tiga peminat tunai umrah selepas penaja tarik diri

Pengacara terkenal Nabil Ahmad mengambil alih untuk membayar sepenuhnya pakej umrah tiga peminat.

Anggaran Waktu Membaca:
Nabil belanja tiga peminat tunai umrah selepas penaja tarik diri

Pelawak terkenal Nabil Ahmad mengambil alih untuk membayar sepenuhnya pakej umrah tiga peminatnya. (Gambar: Nabilzira/ Instagram)

Diterbitkan : 14 Apr 2018 11:56AM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 12:00PM

SHAH ALAM: Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad mengambil alih untuk membayar sepenuhnya pakej umrah tiga peminat.

Ini selepas individu yang sepatutnya menaja program My Umrah Story menarik diri pada saat-saat akhir, lapor Utusan Online.

Menurut Nabil, mengikut perancangan program tersebut kesemua peminat yang dipilih hanya perlu membayar RM3,000 (S$1,010).

Jumlah selebihnya pula akan ditanggung individu berkenaan.

Bagaimanapun, tiada khabar yang didengar daripada individu itu selepas pembayaran dibuat dan ini sekaligus membuat Nabil mengambil tanggungjawab menunaikan impian tiga peminatnya bagi menunaikan umrah.

“Saya anggap ini cara untuk saya menghargai sokongan mereka selama ini. Mungkin ini juga rezeki saya untuk menaja umrah mereka.

“Perkara sudah nak jadi, saya juga tidak tahu alasan penarikan diri saat-saat akhir penaja ini. Tetapi tidak mengapa, yang penting saya dapat tunaikan niat mereka untuk menunaikan umrah,” katanya kepada Utusan Online pada majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena 10 tahun berkecimpung dalam industri seni malam tadi.

Nabil turut berharap permulaan kali pertama itu akan membuka laluan untuk beliau menaja lebih ramai peminat pada tahun-tahun akan datang.

“Manalah tahu, tahun ini saya hantar tiga orang ke Mekah, tahun depan kalau rezeki menjadi saya hantar 30 orang pula.

“Saya memang sudah lama berniat jadi bila perkara begini berlaku saya anggap ini masanya untuk saya tunaikan apa yang saya niatkan itu.

“Sebab saya ke umrah dan haji juga orang taja, jadi ini waktu saya pula untuk berbuat demikian,” jelasnya lagi kepada Utusan Online.

Ketiga-tiga peminat Nabil itu dijangka akan menunaikan umrah pada Ramadan ini.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan