Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Munafik 2 hampir jadi filem komedi gara-gara Weni

Sememangnya terdapat perkataan Bahasa Malaysia yang membawa maksud berbeza daripada Bahasa Indonesia yang mampu menimbulkan kekeliruan.

Anggaran Waktu Membaca:
Munafik 2 hampir jadi filem komedi gara-gara Weni

Weni Panca bersama Maya Karin. (Gambar: @munafik2movie/Instagram)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 03:27PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 03:30PM

MALAYSIA: Sememangnya terdapat perkataan Bahasa Malaysia yang membawa maksud berbeza daripada Bahasa Indonesia yang mampu menimbulkan kekeliruan.

Itulah pengalaman yang dikongsi pelakon Indonesia dalam filem Munafik, Weni Panca. Weni membawa watak 'jin kafir' dalam Munafik 2 Weni yang bertujuan menyesatkan Ustaz Adam, watak yang dilakonkan Syamsul Yusof.

Menurut Malaysiakini, pelakon filem 'Missing You' dan 'Cukup Gue' itu berdepan dengan cabaran ketika menyampaikan dialognya sehingga beliau sempat menjadi bahan ketawa.

“Ada dialog yang saya salah ucap, ternyata ada perkataan yang membawa makna berlainan. Ada perkataan yang maksudnya berbeza di sana.

“Waktu itu saya berdialog ‘Adam, aku tahu kamu membutuhkan saya’ lantas semua yang berada di sana terus ketawa,” katanya seperti dipetik Kompas.

Weni kemudian menyedari rupa-rupanya perkataan “membutuhkan” dalam bahasa Malaysia membawa maksud alat kelamin lelaki.

“Saya diminta menukar perkataan itu kerana daripada filem seram bertukar jadi komedi pula.

“Nasib baik ada pembantu pengarah. Sebenarnya saya sudah hafal di rumah, tetapi dialog diubah sebaik memulakan penggambaran,” katanya.

Menurut laman itu lagi, filem itu mencatat rekod kutipan box office sebanyak RM40 juta (S$13 juta) pada 16 September lalu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan