Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mira Filzah ke New York peraga busana Muslimah

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, akan ke New York penghujung Ogos bagi memperagakan busana Muslimah sempena acara Modest Couture Fashion Week, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Anggaran Waktu Membaca:
Mira Filzah ke New York peraga busana Muslimah

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah. (Gambar: Facebook / Mira Filzah)

Diterbitkan : 30 Jul 2017 11:10PM Dikemas Kini : 30 Jul 2017 11:12PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, akan ke New York penghujung Ogos bagi memperagakan busana Muslimah sempena acara Modest Couture Fashion Week, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Acara pertunjukan fesyen terbabit bakal berlangsung pada September depan.

"Insya-Allah, jika tiada aral, saya akan bertolak ke New York pada penghujung bulan depan dan berada di sana sehingga pertengahan September.

"Saya akan mewakili Malaysia bagi memperagakan busana Muslimah satu jenama tempatan yang belum boleh didedahkan, " katanya, ditukil BHM.

Akui Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu, peluang keemasan seperti itu bukan selalu diperoleh.

"Tentunya saya sangat gembira dan teruja kerana daripada ramai selebriti tempatan yang ada, saya yang terpilih.

"Saya turut berharap peluang keemasan ini akan memperkembangkan lagi hubungan saya dengan mereka yang berpengaruh dalam dunia fesyen di sana," katanya yang akan terbang ke kota terkenal Amerika Syarikat itu buat kali pertama.

Menurut BHM, sebelum acara pertunjukan fesyen berlangsung, Mira, 24 tahun, juga akan terbabit dengan beberapa sesi fotografi bagi jenama yang diwakilinya.

"Saya juga mahu memanfaatkan masa yang ada untuk menjalani sesi fotografi tudung keluaran sendiri, selain menimba ilmu berkaitan dunia fesyen di sana," katanya. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan