Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Minat filem 'Scream'? Kini ada peluang menginap di rumah 'berhantu' itu

Para peminat filem 'Scream' kini berpeluang benar-benar 'menghidupkan' kembali memori menakutkan dengan berkunjung ke rumah di mana filem itu dirakamkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Minat filem 'Scream'? Kini ada peluang menginap di rumah 'berhantu' itu

Petikan lelaman acara 'Scream Comes Home' yang mengajak peminat filem 'Scream' bermalam di rumah ikonik tersebut. (Gambar: Screamcomeshome.com)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 10:54PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 11:53PM

CALIFORNIA: Masih ingat pada filem Hollywood 'Scream' yang menghidupkan kembali populariti genre seram pada 1990-an?

Kini para peminat cerita itu bukan sahaja boleh menontonnya semula di paparan skrin, malah boleh benar-benar 'menghidupkan' kembali memori menakutkan dengan berkunjung ke rumah di mana filem itu dirakamkan.

Lelaman Mashable melaporkan tentang projek Kickstarter bernama 'Scream Comes Home', yang dimulakan oleh Anthony Masi dan Nate Ragon.

Kedua-dua peminat tegar ini dilaporkan berjaya meyakinkan pemilik rumah itu untuk mengadakan pesta di situ.

Acara yang akan berlangsung pada hujung minggu sebelum Halloween itu disifatkan sebagai "keramaian SCREAM sekali dalam hidup dan penayangan filem ikonik di mana penghujung klasiknya berlangsung", menurut Mashable. Halloween disambut pada 31 Oktober nanti.

Namun ini bukan peluang yang datang secara percuma. Mashable melaporkan bahawa mereka yang berminat untuk menghadiri keramaian di Tomales, Calirfornia itu perlu mengeluarkan wang.

Tiket lawatan pada siang hari berharga AS$200 (S$270), manakala pakej satu malam untuk dua orang termasuk lawatan bas berharga AS$1,250 (S$1,700).

Namun, jangan berlengah jika anda berminat atau akan melancong ke California, kerana tiket paling mahal laris dijual. Jangan sampai anda ter-'Scream' kerana terlepas peluang pula. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan