Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mia Ahmad selamat bersalin anak sulung

Pelakon cantik seberang tambak, Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulungnya pada jam 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Jumaat (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Mia Ahmad selamat bersalin anak sulung

(Gambar: mia.ahm4d/Instagram)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 05:03PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 05:07PM

MALAYSIA: Pelakon cantik seberang tambak, Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulungnya pada jam 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Jumaat (28 Sep).

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30 tahun, dan Izham Tarmizi, 27 tahun, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

mStar melaporkan bahawa berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) di laman Instagram.

Instagram miliknya itu dipenuhi dengan banyak komen yang rata-rata, mengucapkan taniah atas kelahiran cahaya mata mereka itu.

Sebelum ini, Mia mengakui bahawa beliau teruja dan berdebar untuk bergelar sebagai seorang ibu. 

Sumber : Agensi berita/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan