Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp terus kuasai rangkaian radio di S'pura, menurut Nielsen

Mediacorp terus dinobatkan sebagai rangkaian radio terbaik di Singapura, dengan menduduki lapan daripada 10 tangga teratas dalam Tinjauan Diari Radio Nielsen terbaru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Nov 2018 06:18PM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 12:11AM

SINGAPURA: Mediacorp terus dinobatkan sebagai rangkaian radio terbaik di Singapura, dengan menduduki lapan daripada 10 tangga teratas dalam Tinjauan Diari Radio Nielsen terbaru.

Secara keseluruhannya, stesen-stesen radio Mediacorp mendekati pelbagai pendengar, meraih 1.2 peratus saham berbanding tinjauan sebelum ini bagi menguasai 78 peratus saham pasaran.

CLASS 95 dengan jumlah pendengar mingguan sebanyak 18.8 peratus menduduki tangga pertama dalam tinjauan radio yang dijalankan dua tahun sekali itu.

Stesen-stesen radio Mediacorp YES 933, LOVE 972 dan CAPITAL 958 berada di belakang CLASS 95, dengan ketiga-tiga stesen radio bahasa Cina itu masing-masing mencatat jumlah pendengar mingguan sebanyak 18.5 peratus, 17.9 peratus dan 15.9 peratus.

Stesen-stesen radio Mediacorp iaitu Warna 94.2FM, GOLD 905, 987 dan Oli 968 terus mengekalkan kedudukan dalam 10 tangga teratas.

Warna 94.2FM, CAPITAL 958 dan Oli 968 adalah tiga stesen radio utama dari segi tempoh masa yang dihabiskan para pendengar untuk mengikuti siarannya. Jumlah masa yang dihabiskan para pendengar bagi mengikuti stesen radio CLASS 95 pula meningkat dari 1 jam 38 minit kepada 6 jam 33 minit setiap hari.

Dijalankan antara September hingga Oktober 2018, tinjauan itu memantau tabiat mendengar radio dalam kalangan lebih 2,000 pendengar yang berusia 15 tahun dan ke atas, dengan keputusan itu diukur mengikut usia, jantina dan kaum bagi mewakili penduduk Singapura.

Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Irene Lim berkata: "Kami gembira CLASS 95 berada di tangga teratas dan lebih berbesar hati bahawa Mediacorp terus menguasai lapan daripada 10 tempat teratas. Keputusan hari ini mengukuhkan lagi usaha beterusan kami untuk memahami para pendengar kami, memilih lagu kegemaran mereka serta mencipta kandungan untuk mereka setiap hari."  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan