Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mawi, Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan

Mawi dan Anas Tahir kembali bekerjasama menerusi lagu terbaru sempena Aidilfitri yang dihasilkan secara spontan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mawi, Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan

Gambar: cahayaasmawi/Instagram

Diterbitkan : 14 Jun 2018 08:40AM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 08:46AM

KUALA LUMPUR: Mawi dan Anas Tahir kembali bekerjasama menerusi lagu terbaru sempena Aidilfitri yang dihasilkan secara spontan.

Anas memberitahu Astro Gempak bahawa idea menghasilkan lagu berkenaan tercetus secara spontan ketika kedua-dua mereka berada di konti stesen radio Zayan.

"Ketika itu kami memang tidak merancang untuk mencipta lagu raya cuma ia dihasilkan secara spontan sambil penerbit kami, Shamsul Kamal bermain gitar.

"Selepas kami merakam lagu itu menerusi telefon bijak, kami berikan kepada Oja untuk proses susunan melodinya,"katanya.

Jelasnya, Oja menyukai lagu tersebut selepas mendengar semula susunan lagunya.

"Cerita lagu raya kami ini lebih kepada puasa enam pada bulan Syawal. Secara peribadi, saya tidak sangka apabila kami dapat merakam lagu ini di studio," katanya kepada Astro Gempak.

Gandingan dua penyampai Zayan tersebut pernah menghasilkan lagu untuk Ramadan sebelum ini berjudul Indah Bersama yang turut disertai Raqib.

Bagi Mawi, definisi lagu yang baik adalah lagu yang sedap didengar peminat.

"Lagu kami ini masih belum ada tajuk tapi menariknya, ia spontan dari aspek melodi dan lirik," katanya.

Sebagai penyanyi, Mawi mahu peminat dan pendengar Zayan terhibur mendengar lagu tersebut.

"Jika seseorang penyanyi itu 'enjoy' dengan lagunya, insha Allah pendengar juga akan berkongsi rasa yang sama," katanya.

Sebagai membawa kelainan, Mawi memberitahu Astro Gempak bahawa lagu itu menampilkan lirik dalam dialog percakapan seharian secara santai dan mudah difahami pendengar.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan