Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MasterChef Singapore: 2 peserta Melayu ini antara 7 peserta yang masih bertahan

Dua peserta Melayu - Diana Ismail dan Shamsydar Ani - masih lagi bertahan dalam pertandingan memasak MasterChef Singapore yang akan memasuki minggu keempat Ahad ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua peserta Melayu - Diana Ismail dan Shamsydar Ani - masih lagi bertahan dalam pertandingan memasak MasterChef Singapore yang akan memasuki minggu keempat Ahad ini.

Apakah kesan yang mereka mahu tinggalkan dalam MasterChef Singapore?

BERITAmediacorp bertemu dengan mereka untuk mendapatkan jawapannya.

BERJAYA TONJOLKAN KEMAHIRAN

Memasak dalam masa yang amat singkat dengan bahan-bahan masakannya dirahsiakan oleh penganjur.

Walaupun diberikan cabaran berbeza-berbeza setiap pusingan dalam pertandingan memasak MasterChef Singapore, Cik Diana dan Cik Shamsydar berjaya mengatasinya sejauh ini.

Mereka berdua merupakan antara tujuh peserta yang masih bertahan dalam MasterChef Singapore - suatu pertandingan memasak paling berprofil tinggi di Singapura sejauh ini yang menggabungkan peserta dari latar berbeza-beza.

(Antara hidangan yang dimasak oleh Cik Shamsydar. Gambar: Sharmee/Instagram)

SHAMSYDAR ANI: INGIN INSPIRASI GENERASI MUDA

Bekerja sebagai jurugambar sepenuh masa, Cik Shamsydar 28 tahun, memasuki MasterChef Singapore dengan niat menjadi inspirasi kepada anak muda lain menerusi resepi-resepinya yang menggabungkan masakan tradisional Melayu dan moden.

"Bagi saya, saya nak sampaikan mesej bahawa makanan Melayu ini sebenarnya tidak susah sebab saya mempunyai ramai teman-teman yang takut nak masak makanan Melayu.

"Jadi mereka hanya makan makanan spaghetti, pasta, memang mudah. Jadi saya rasa sebagai saya orang muda boleh masak masakan Melayu tradisional, saya rasa saya dapat berikan ilham kepada kawan-kawan saya di luar sana untuk cuba memasak," kongsinya kepada BERITA.

HARAP RESIPI MELAYU TIDAK LUPUT

Seperti Cik Shamsydar, Cik Diana Ismail juga sedikit sebanyak cuba menyuntik elemen-elemen makanan tradisional Melayu yang diharap dapat diikuti oleh generasi seterusnya.

"Saya rasa ini merupakan satu wadah yang tidak dapat saya lepaskan peluang untuk berkongsi resepi-resepi saya, berkongsi masakan saya dengan umum dengan keluarga.

"Saya akan menggunakan wadah ini untuk memperkenalkan masak-masakan tradisi kita yang banyak sudah hilangkan, yang ada luput begitu sahaja," katanya.

Episod 4 MasterChef Singapore akan ditayangkan pada Ahad ini (23 Sep), 9.30 malam di Saluran 5. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan