Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mas Idayu jadi mangsa jenayah ATM

Wang penyanyi dangdut popular Mas Idayu lesap daripada akaun banknya selepas seseorang mengeluarkan wang menerusi mesin ATM tanpa pengetahuannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mas Idayu jadi mangsa jenayah ATM

(Gambar: masidayu1001/Instagram)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 11:23AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 11:33AM

MALAYSIA: Wang penyanyi dangdut popular Mas Idayu lesap daripada akaun banknya selepas seseorang mengeluarkan wang menerusi mesin ATM tanpa pengetahuannya.

mStar difahamkan ia melibatkan jumlah wang yang besar.

"Saya sudah membatalkan kad itu selepas membuat aduan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak. Wang terakhir kali dikeluarkan pada 11 September kerana 12 September adalah hari lahir anak saya. Saya tidak keluar ke mana-mana pada 13 September. Tetapi saya dimaklumkan bahawa ada wang dikeluarkan empat kali dan ia melibatkan beribu-ribu ringgit," kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu.

"Kad ini hanya satu dan ada pada saya, (saya hairan) bagaimana orang lain boleh keluarkan menggunakan kad lain di ATM. Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan," ujarnya.

Mas Idayu baru-baru ini menceritakan tentang musibah yang menimpanya menerusi catatan Instagram.

Menurut mStar, ini merupakan kali kedua Mas Idayu kehilangan duit daripada akaun banknya.

"Ini kejadian kali kedua, pertama dulu saya hanya sekat dan tukar nombor pin baru. Tapi masih berlaku, bagaimana satu kad boleh ada orang kedua buat pengeluaran?" tulisnya.

Mas Idayu masih menunggu hasil siasatan polis yang mempunyai akses rakaman CCTV di ATM di mana suspek disyaki mengeluarkan wang miliknya, lapor mStar.

Penyanyi dangdut itu juga meminta orang ramai supaya kekal berwaspada. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan