Images
  • ms marvel
    Ms Marvel. (Gambar: digitalspy.com)

Marvel bakal terbit filem adiwira Muslim, Ms Marvel

LOS ANGELES: Marvel Studio sedang menghasilkan sebuah filem baru tentang adiwira Muslim, Ms. Marvel.

BBC melaporkan bahawa penerbit Avengers Infinity War, Kevin Feige berkata, penggambaran filem Ms. Marvel sedang dijalankan.

Jelas beliau, Ms. Marvel merupakan watak baru dalam komik Marvel – “adiwira Muslim yang diilhamkan Cap¬tain Marvel.”

“Kami mempunyai rancangan ke arah itu sejak kami memperkenalkan Captain Marvel,” kata Kevin Feige.

Menurut laporan BBC, filem itu bukan yang pertama menampilkan wanita sebagai pene¬raju filem Marvel Studio dengan pelakon Brie Larson bakal tampil dalam francais Captain Marvel tahun depan.

Dalam komik Marvel, Ms. Marvel digambarkan sebagai seorang remaja Amerika-Pakistan dari New Jersey bernama Kamala Khan.

Namun, masih belum ada lagi keputusan tentang siapa yang akan melakonkan watak Kamala Khan de-ngan Priyanka Chopra disebut-sebut bakal mengisi tempat itu.

Pelakon popular itu sebelum ini menyumbang suara bagi salah satu watak permainan video Marvel: Avengers Academy.

Malah beberapa peminat Priyanka Chopra yang menyatakan sokongan mereka kepada beliau apabila terdapat usulan yang menyarankan watak Kamala Khan dipegang warga Amerika-Pakistan berbanding India, lapor BBC.

- Agensi berita/SM/sm

Top