Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Man Bai, Sufie Rashid, Joey Bumiputra Rockers gegarkan Sembawang dengan Rock

Malam penuh dengan alunan irama lagu-lagu rock baru dan lama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2017 08:11PM Dikemas Kini : 08 May 2017 12:01AM

SINGAPURA: Malam penuh dengan alunan irama lagu-lagu rock baru dan lama.

Namun bukan hanya sekadar hiburan, konsert 'Sembawang Rock Vaganza' juga mahu menggunakan muzik untuk mempereratkan lagi hubungan antara keluarga serta para penduduk di GRC Sembawang.

Malam yang menggamit 1001 kenangan, terutamanya bagi para penggemar muzik rock dari era 80an dan 90an.

Sambil melepaskan rindu dengan nyanyian lagu-lagu rock klasik, ada juga yang mengambil kesempatan untuk meluahkan bakat terpendam.

Konsert pada Jumaat malam ini (6 Mei) turut dihadiri oleh para AP GRC Sembawang termasuk Menteri Penyelaras bagi Prasarana, Khaw Boon Wan.
Namun selain menghiburkan para hadirin, acara ini juga mahu menggunakan muzik bagi satu lagi tujuan lain.

"Matlamat acara ini ialah untuk menyatupadukan keluarga dan masyarakat. Saya sangat gembira dengan sokongan yang sangat menggalakkan. Ini adalah satu perkara yang baik. Masyarakat dari pelbagai latar belakang berkumpul untuk menikmati rock. Siapa yang tidak meminati rock kan?Jadi saya rasa sangat gembira melihat semua bersuka ria," AP GRC Sembawang, Amrin Amin memberitahu BERITAMediacorp.

Konsert dua jam anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Woodlands itu riuh dengan kehadiran sekitar 800 orang. Ini sangat menggalakkan kerana pihak penganjur sebenarnya menyasarkan 500 orang.

Ini termasuklah para penduduk kurang mampu yang lazimnya tidak mengikuti konsert berbayar seperti ini.

Suasana menjadi lebih gamat apabila artis-artis kesayangan seperti Joey Bumiputera Rockers, Man Bai, Nana Karia dan Sufie Rashid muncul di atas pentas, masing-masing membawakan lagu-lagu hits yang sering menjadi siulan.

"Genre rock itu memang sebati dengan orang Melayu. Jadi Alhamdulillah, sambutan baik sekali dan saya mendapat sambutan yang baik sekali," kata Nana Karia.

"Para penonton akan membawa kenangan lagu-lagu legend yang semua artis bawakan malam ini. Dan selain kenangan bersama artis-artis yang terlibat, mereka juga dapat merasakan kemeriahan yang jarang ada di Singapura ini," Sufie Rashid memberitahu BERITAMediacorp.

"Saya berasa bangga sangat kerana diajak bersama menjayakan program yang berguna ini. Semoga akan datang akan ada banyak lagi program-program yang dapat membantu kawan-kawan kita yang susah," kata Joey BPR. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan