Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mamat Khalid: Pilih Zul Ariffin bintangi Hantu Kak Limah bukan sebab populariti

Pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid, menegaskan pemilihan Zul Ariffin sebagai salah seorang pelakonnya bukan semata-mata kerana populariti beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Mamat Khalid: Pilih Zul Ariffin bintangi Hantu Kak Limah bukan sebab populariti

(Gambar: @zul_ariffin/ Instagram)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 01:03PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 01:06PM

PETALING JAYA: Pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid, menegaskan pemilihan Zul Ariffin sebagai salah seorang pelakonnya bukan semata-mata kerana populariti beliau.

Sebaliknya, pengarah itu menyifatkan Zul sebagai pelakon yang baik dan pemilihan itu adalah kerana kualiti yang dimilikinya.

"Populariti dia satu bonus, tetapi Zul berada dalam filem ini bukan semata-mata kerana itu.

"Saya sudah lama mahu ambil dia berlakon, tetapi ada keadaan tidak mengizinkan.

"Sejak awal kemunculannya, saya sudah dapat melihat kemampuannya dan ia terbukti di set penggambaran Hantu Kak Limah," kata Mamat.

Menurut laporan Malaysiakini, bagi Zul sendiri, kepercayaan yang diberi oleh Mamat adalah sesuatu yang sangat dihargai.

"Bimbang juga kerana komedi bukan genre saya. Tetapi ini satu proses pembelajaran dan apabila dapat kepercayaan, saya bagi yang terbaik mengikut arahan yang diberikan.

"Alhamdulillah, Abang Mamat beri maklum balas yang baik," kata Zul.

Menurut Malaysiakini, mereka ditemui pada acara Tayangan Perdana Hantu Kak Limah di eCurve Damansara, pada Selasa (31 Jul).

Hantu Kak Limah merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Hantu Kak Limah bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 9 Ogos ini, menurut Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan