Images
  • m nasir
    Gambar: Sabree Fadzil/Facebook

M Nasir, Sabree Fadzil kini berbesan

SELANGOR: Anak lelaki komposer M Nasir dan anak perempuan pelakon popular sekitar pertengahan tahun 1980-an, Sabree Fadzil selamat dinikahkan.

Mohd Hidayat M Nasir dan Nadia Yasliza Sabree selamat diijab kabul pada hari Sabtu (23 Dis) di Khadijah’s Kitchen di Petaling Jaya, Selangor.

Bermakna, bintang-bintang veteran itu - M Nasir dan Sabree Fadzil - kini mempunyai ikatan besan.

Sementara itu, majlis di pihak lelaki pula diadakan di kediaman M Nasir sendiri di Sg Buloh. Ramai rakan artis yang hadir memeriahkan majlis.

Datuk Ramli Sarip, artis mapan dari Singapura turut tampil mendendangkan lagu, memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan.


Amy Search dan ramai lagi kaum kerabat serta sahabat handai Sabree Fadzil dan M Nasir bersama-sama meraikan pengantin semalam.  


- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top