Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Lois Lane' mati bunuh diri: Pejabat Koroner

Pelakon Margot Kidder yang dikenali ramai sebagai memainkan watak 'Lois Lane' dalam filem adiwira ‘Superman' disahkan meninggal dunia akibat membunuh diri, menurut pejabat koroner Montana.

Anggaran Waktu Membaca:
'Lois Lane' mati bunuh diri: Pejabat Koroner

Pelakon 'Lois Lane', Margot Kidder. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 01:13PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 02:57PM

LOS ANGELES: Pelakon Margot Kidder yang dikenali ramai sebagai memainkan watak 'Lois Lane' dalam filem adiwira ‘Superman' disahkan meninggal dunia akibat membunuh diri, menurut pejabat koroner Montana.

Tiada sebarang pengumuman mengenai punca kematian dibuat oleh ejen atau rumah pengebumian mendiang apabila pelakon itu meninggal dunia pada Mei lalu. Bagaimanapun, pejabat koroner Park County di Montana mengesahkan bahawa Cik Kidder mengambil nyawanya sendiri.

“Keluarga mendiang Kidder menggesa sesiapa sahaja yang mengalami penyakit mental atau berniat membunuh diri supaya mendapatkan rawatan dan kaunseling,” menurut pejabat itu menerusi satu kenyataan.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir sebulan sebelum pereka Kate Spade dan cef selebriti Anthony Bourdain juga meninggal dunia akibat punca yang sama. Ini sekaligus menarik perhatian orang ramai mengenai peningkatan kes bunuh diri serta pentingnya untuk menangani isu berkenaan dengan awal lagi.

Cik Kidder membintangi trilogi Superman yang diterbitkan dari 1978 hingga 1983. Beliau memainkan watak seorang wartawan, Lois Lane yang dicintai rakan sekerjanya, Clark Kent atau Superman, yang dilakonkan oleh mendiang Christopher Reeve.

Mendiang turut membuat penampilan khas dalam filem bertajuk Superman IV: The Quest for Peace yang diterbitkan pada tahun 1987.

Beliau dilahirkan sebagai Margaret Ruth Kidder pada 17 Oktober 1948 di wilayah Timur Laut di Kanada. Kerjayanya mencapai kemuncak kegemilangan pada era 70an dan 80an apabila beliau berpeluang berlakon bersama barisan pelakon terkenal seperti Robert Redford dan Richard Pryor.

Mendiang meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon meskipun popularitinya terjejas selepas beliau mengalami masalah kesihatan mental pada tahun 1996. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan