Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lagu politik? DJ Dave rakam semula 2 lagu yang disebut PM Najib, diberi sentuhan baru S Atan

Selepas hampir 40 tahun, penyanyi terkenal Datuk DJ Dave merakam semula dua lagunya ‘Kawan Setia’ dan ‘Negaraku Tercinta’ bagi menerapkan semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagu politik? DJ Dave rakam semula 2 lagu yang disebut PM Najib, diberi sentuhan baru S Atan

Datuk DJ Dave (kanan) di majlis pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara 'Kawan Setia'. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 10:57PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 11:04PM

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 40 tahun, penyanyi terkenal Datuk DJ Dave merakam semula dua lagunya ‘Kawan Setia’ dan ‘Negaraku Tercinta’ bagi menerapkan semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat.

Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh berkata dua lagu itu, yang diberi sentuhan baru oleh komposer terkemuka S. Atan, dimuatkan dalam album khas Nada Ritma Negara - Kawan Setia.

Beliau berkata album berkenaan, yang akan diedarkan secara percuma, diterbitkan Pejabat Penasihat Perdana Menteri bersama-sama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih.

"Album ini diilhamkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memetik bait-bait lirik lagu ‘Kawan Setia’ yang amat bermakna pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 tahun lepas.

"Sehubungan itu, pihak Pejabat Penasihat Perdana Menteri bersama-sama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih menjalinkan kerjasama untuk mengembangkan hasrat Perdana Menteri bagi menyemai nilai-nilai kesetiaan dalam kalangan masyarakat negara ini," kata Datuk Seri Dr Khairil selepas melancarkan album khas itu hari ini (18 Apr).

Di Perhimpunan Agung UMNO 2017, PM Najib menjadikan bait-bait lagu bertajuk 'Kawan Setia' sebagai satu perlambangan untuk menggambarkan hubungan akrab beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Khairil Annas berkata album itu turut memuatkan klip video dan boleh ditonton serta didengari di semua platform media termasuk media sosial secara percuma dalam masa terdekat.

Beliau berharap album khas itu dapat memberi kesan positif kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.   

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan