Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan K-pop BTS adakan konsert di S'pura pada Januari

Kumpulan muzik terkenal Korea Selatan BTS bakal beraksi di Singapura, Hong Kong dan Bangkok pada tahun depan sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunia 'Love Yourself'. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan K-pop BTS adakan konsert di S'pura pada Januari

Kumpulan K-Pop, BTS. (Gambar: BTS/Facebook)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 04:40PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 04:45PM

SINGAPURA: Kumpulan muzik terkenal Korea Selatan, BTS, bakal beraksi di Singapura, Hong Kong dan Bangkok pada tahun depan sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunia 'Love Yourself'. Demikian diumumkan agensi pengurusan kumpulan itu, BitHit Entertainment pada Rabu (10 Okt).

Kumpulan tujuh anak muda itu menjadi kumpulan K-pop yang pertama untuk menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan September.

BTS akan mengadakan konsert di Stadium Negara pada 19 Januari 2019.

BigHit turut mengumumkan di media sosialnya bahawa kumpulan itu akan mengadakan konsert di Hong Kong pada 20, 21, 23 dan 24 Mac serta di Bangkok pada 6 April tahun depan.

BTS mengadakan persembahan di Singapura pada tahun lalu sebagai sebahagian daripada Konsert Jelajah Sedunia Bank Muzik 2017, bersama-sama kumpulan K-pop lain seperti CN Blue dan Red Velvet.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan