Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan Blues Gang gabung semula, anjur persembahan bagi biaya rawatan pemain bassnya

Peminat kumpulan muzik popular era 1980-an, Blues Gang bakal berkesempatan menyaksikan persembahan band itu apabila anggota asal kumpulan itu bakal bergabung semula di pentas bagi mengumpul dana untuk rawatan pemain bassnya, Jim Madasamy. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan Blues Gang gabung semula, anjur persembahan bagi biaya rawatan pemain bassnya

Perintis genre blues Malaysia, Blues Gang. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 02 Nov 2017 11:44PM Dikemas Kini : 02 Nov 2017 11:45PM

KUALA LUMPUR: Peminat kumpulan muzik popular era 1980-an, Blues Gang bakal berkesempatan menyaksikan persembahan band itu apabila anggota asal kumpulan itu bakal bergabung semula di pentas bagi mengumpul dana untuk rawatan pemain bassnya, Jim Madasamy. 

Jims Madasamy, 67 tahun, disahkan menghidapi ‘primary progressive aphasia’, sindrom neurologi yang merosakkan keupayaan bahasa, memerlukan beliau menjalani rawatan terapi secara berkala. 

Bakal bergabung menerusi persembahan bertajuk Jam For Jim Blues Gang - The True Blues Man, koordinator persembahan itu Azman Abu Samah berkata perintis genre blues negara itu bakal ditampilkan sebagai kumpulan utama persembahan.

Beliau berkata persembahan akan berlangsung di Timbre KL, Jalan Doraisamy, pada 19 November ini, bermula 6.00 petang selama lima jam, dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Selain Blues Gang, kumpulan muzik lain yang akan membuat persembahan ialah band Purple Haze yang juga pernah dianggotai Madasamy, Sons Of Adam dan The Nobodys.

"”Persembahan ini sebagai tanda sokongan dan persahabatan sesama pemuzik yang memerlukan bantuan.

“Kita berharap dapat mengumpul sumbangan dana daripada peminat kira-kira RM5,000 (S$1610) untuk diserahkan kepada Madasamy yang banyak berjasa  kepada industri muzik negara,” katanya.

Blues Gang terdiri kumpulan penyanyi tempatan yang mengetengahkan irama 'blues dan rock'  dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Selain Encik Madasamy, Blues Gang turut dianggotai Ito Mohd (vokal/harmonika), Julian Mokhtar (gitar utama), Ghani Dato' Abu Talib (gitar kedua/keyboard) dan Shaik Karim (Drums/Vokal). 

Antara lagu popular yang masih menjadi siulan ramai sehingga ini  adalah Oh! Mama, Saya Mahu Kahwin, Mak Siti dan Lagu Tiga Kupang. 

Aksi terakhir Blues Gang adalah pada persembahan konsert "returns of The Legends” di Istana Budaya, pada 17 September tahun lalu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan