Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

KRU bubar, Edry ingin hijrah ke luar negara demi anak autisme

Ramai peminat kumpulan KRU melahirkan rasa sedih apabila Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan dibubarkan selepas konsert terakhir mereka pada 4 hingga 6 Mei depan.

Anggaran Waktu Membaca:
KRU bubar, Edry ingin hijrah ke luar negara demi anak autisme

Edry bersama keluarga. (Gambar: @edryabdhalim/ Instagram)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 12:41PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 12:46PM

KUALA LUMPUR: Ramai peminat kumpulan KRU melahirkan rasa sedih apabila Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan dibubarkan selepas konsert terakhir mereka pada 4 hingga 6 Mei depan.

Menjelaskan mengenai pembubaran kumpulan ini, antara sebab lain adalah kerana Edry mahu ke luar negara untuk memberi perhatian kepada anaknya yang merupakan anak autisme, lapor Astro Awani.

"Malaysia tiada sekolah khas untuk autisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masih belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.

“Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.

“Penghijrahan itu untuk anak-anak,” ujarnya kepada mStar Online.

Menurut Astro Awani, mengikut perancangan, mereka sekeluarga akan ke Eropah selepas hari raya Aidilfitri.

Edry berkahwin dengan Mulia Mohammed pada November 1999. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan