Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Konsert sulung Celine Dion di S'pura Julai ini

Celine Dion akan mengadakan konsert sulungnya di Singapura pada 3 dan 4 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert sulung Celine Dion di S'pura Julai ini

Celine Dion bakal membuat persembahan di Grand Ballroom Marina Bay Sands. (Gambar: Alix Malka)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 11:36AM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 11:43AM

SINGAPURA: Celine Dion akan mengadakan konsert sulungnya di Singapura pada 3 dan 4 Julai ini.

Penyanyi berdarah Perancis dan Kanada itu bakal membuat persembahan di Grand Ballroom Marina Bay Sands.

Ini bukan sahaja persembahan Dion yang julung-julung kalinya di Singapura, malah ia juga menandakan lawatannya yang pertama ke Asia sejak jelajah 'Taking Chances' pada tahun 2008.

Menurut penganjur, harga tiket akan diumumkan pada tarikh lain dengan penjualan tiket dijangka bermula dalam masa beberapa bulan lagi.

Anggota TeamCeline (nama kelab rasmi Dion) berpeluang membeli tiket sebelum orang ramai menerusi penjualan awal. Anggota kad keanggotaan Marina Bay Sands dan pelanggan mudah alih Singtel juga berpeluang membeli tiket sebelum tarikh penjualan dibuka kepada orang ramai.

Singapura adalah persinggahan yang amat dinanti-nantikan bagi jelajah serba baru Asia Dion, yang dijadual bermula 26 Jun di Tokyo dan akan terus membuat persembahan di Macau, Jakarta, Taipei, Bangkok dan Manila.

Disifatkan sebagai salah seorang artis wanita dengan penjualan album terbaik sepanjang masa, Dion sudah memenangi lima Anugerah Grammy, termasuk Album Terbaik dan Album Pop Terbaik bagi 'Falling Into You' (1996), dan Rekod Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik bagi 'My Heart Will Go On' (1998).

Rakamannya juga mendorongnya merangkul dua Anugerah Oscar: Lagu Asal Terbaik pada tahun 1992 bagi lagu filem 'Beauty and the Beast' (bersama Peabo Bryson) dan pada tahun 1998 bagi 'My Heart Will Go On' (dari Titanic).

Dion juga sudah memenangi tujuh Anugerah Muzik Amerika, 20 Anugerah Juno (Kanada) dan 40 Anugerah Felix (Quebec).

Diva tersebut akan berada di Singapura sebagai sebahagian daripada siri Konsert Live Sands. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan