Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert gah Salman Khan di KL Jumaat ini, tidak menjadi

Konsert 'superstar' Bollywood, Salman Khan, yang ditunggu-tunggu dan sepatutnya berlangsung Jumaat ini (14 Apr) di Kuala Lumpur, Malaysia, akhirnya tidak menjadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert gah Salman Khan di KL Jumaat ini, tidak menjadi

Salman Khan. (Gambar: Sujit JAISWAL / AFP)

Diterbitkan : 13 Apr 2017 12:44AM Dikemas Kini : 13 Apr 2017 02:25AM

KUALA LUMPUR: Konsert 'superstar' Bollywood, Salman Khan, yang ditunggu-tunggu dan sepatutnya berlangsung Jumaat ini (14 Apr) di Kuala Lumpur, Malaysia, akhirnya tidak menjadi.

Malaysia sepatutnya menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara, yang dikunjungi Salman Khan di bawah konsert jelajah Da-Bang The Tour 2017 - Salman Khan Live in Malaysia. Ia dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dan turut menampilkan sebilangan selebriti Bollywood lainnya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan gah itu sebelum ini dilaporkan mencecah sehingga harga RM 2,222 (S$700)!

Bagaimanapun menurut laporan Berita Harian Malaysia, ia kini ditunda ke satu tarikh baru pada Julai depan sebagaimana dimaklumkan penganjurnya, GHC Solutions Sdn Bhd, semalam.

Konsert Salman Khan di Melbourne, Sydney, Auckland dan Melbourne masih dijalankan seperti biasa.

Pelakon Bollywood berusia 51 tahun itu, yang mempunyai lebih 34.5 juta pengikut di Facebook, pada Jumaat lalu (7 Apr) turut membuat komen dengan menulis begini:

"Hello Malaysia, penganjur meminta saya supaya menjadualkan semula pertunjukan Da-Bang di Malaysia. Kami akan kongsikan tarikh baru tidak lama lagi."

BHM Online melaporkan, pihak penganjur memohon maaf dan mengeluarkan notis tentang penangguhan konsert berkenaan selepas terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan