Konsert Bruno Mars di KL jatuh pada hari sama dengan PRU-14, peminat bimbang dibatalkan
Penganjur konsert Bruno Mars Live in KL, PR Worldwide akan membuat pengumuman jika terdapat perubahan pada tarikh konsert berkenaan, menurut laporan Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Penganjur konsert Bruno Mars Live in KL, PR Worldwide akan membuat pengumuman jika terdapat perubahan pada tarikh konsert berkenaan, menurut laporan Astro AWANI.
Ini adalah susulan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang jatuh pada hari yang sama dengan konsert itu, iaitu 9 Mei.
Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Peminat yang sudahpun membeli tiket meluahkan rasa bimbang memandangkan ada antara mereka yang perlu pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke konsert itu pada sebelah malam, demikian dilaporkan Astro AWANI.
Konsert itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bruno Mars dijangka akan terlebih dahulu mengadakan konsert pada 6 dan 7 Mei di Singapura sebelum membuat pementasan di Kuala Lumpur.
Astro AWANI turut melaporkan bahawa kesemua 12,000 tiket untuk konsert tersebut sudahpun habis dijual.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.