Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kes Aziz M. Osman dan Den Wahab kena tipu: Wanita didakwa, direman 2 hari

Seorang wanita yang didakwa menyamar sebagai ejen pelancongan yang dipercayai menipu pelakon Den Wahab dan pengarah filem Aziz M. Osman berhubung percutian di Korea Selatan, Disember lepas, ditahan reman dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes Aziz M. Osman dan Den Wahab kena tipu: Wanita didakwa, direman 2 hari

Seorang wanita didakwa menyamar sebagai ejen pelancongan dipercayai menipu pelakon Den Wahab dan pengarah filem Aziz M. Osman. (Gambar: Petikan skrin video BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 05:33PM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 05:39PM

PETALING JAYA: Seorang wanita yang didakwa menyamar sebagai ejen pelancongan yang dipercayai menipu pelakon Den Wahab dan pengarah filem Aziz M. Osman berhubung percutian di Korea Selatan, Disember lepas, ditahan reman dua hari.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Kanun Keseksaan iaitu berkaitan kes tipu.

Terdahulu, suspek yang berusia 36 tahun memakai baju lokap jingga tiba di mahkamah pada 10.45 pagi dan keluar dari kamar mahkamah pada 11.10 pagi.

Wanita itu direman selepas dia menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, pada jam 3.00 petang semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Den Wahab dan Aziz M. Osman membuat laporan polis selepas dipercayai ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen pelancongan ketika mereka dan keluarga bercuti ke Korea Selatan pada 24 hingga 28 Disember lalu.

Akibatnya, percutian mereka seramai 22 orang di negara berkenaan terjejas pada hari ketiga selepas isteri Aziz, Puteri Lily Lokman menyedari hotel penginapan mereka tidak dibayar.

Menurut Den Wahab atau nama sebenarnya Zaharudin Abd. Wahab, 54 tahun, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara selepas mengalami kerugian RM90,000 (S$29,900) meliputi kos tiket penerbangan, penginapan, makanan serta pengangkutan.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan