Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kereta kena langgar, peminat mohon Sufi Rashid bersabar

Kereta yang dipandu penyanyi Singapura, Sufi Rashid terlibat dalam satu kemalangan di Sri Hartamas, Selasa lalu (31 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta kena langgar, peminat mohon Sufi Rashid bersabar

Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid. (Gambar: Sufi Rashid/Facebook)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 09:50AM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 09:56AM

KUALA LUMPUR: Kereta yang dipandu penyanyi Singapura, Sufi Rashid terlibat dalam satu kemalangan di Sri Hartamas, Selasa lalu (31 Jul). "Semuanya berlaku tiba-tiba hingga saya trauma," kata Sufi yang pernah menjuarai program realiti Akademi Fantasia tahun 2015.

Menurut laporan Astro Awani, pelantun lagu Aku Sanggup ini berkongsi foto keretanya menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Baru kena langgar. Semoga ada hikmah," tulis Sufi ringkas di ruangan kapsyen, seperti ditukil Astro Awani.

Rata-rata peminat memohon agar Sufi bersabar dan menyifatkan perkara ini sebagai salah satu dugaan yang diberikan oleh Allah.

Baru kena langgar. Semoga ada hikmah. ��

A post shared by Sufi Rashid (@sufierashid) on

Dalam perkembangan lain, Sufi menerima lima pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik 2018 (APM 2018), menurut Astro Awani.

Acara yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini akan bersiaran secara langsung dari MES Theatre di Mediacorp, Singapura.

APM 2018 berlangsung di Singapura pada 28 September ini dan boleh disaksikan menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) pada pukul 9.00 malam.

Sumber : Agensi berita/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan