Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keluarga Saleem Iklim minta jangan tular gambarnya di hospital

Keluarga penyanyi kugiran Iklim, A. M. Salim Abdul Majeed, atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, termasuk rakan artis dan media, supaya jangan menyebarkan gambar penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam panas.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga Saleem Iklim minta jangan tular gambarnya di hospital

Penyanyi Saleem. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 06 Jul 2017 08:12AM Dikemas Kini : 06 Jul 2017 08:15AM

KUALA LUMPUR: Keluarga penyanyi kugiran Iklim, A. M. Salim Abdul Majeed, atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, termasuk rakan artis dan media, supaya jangan menyebarkan gambar penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam panas.

Anak tiri Saleem, yang hanya mahu dikenali sebagai Iera Fakira berkata penularan gambar bapa tirinya di media sosial menyebabkan keluarga merasa sedih.

"Memang betul ayah saya dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat demam panas yang berterusan tetapi saya minta tolong jangan sebarkan gambar ayah saya dalam keadaan yang sebegitu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kesihatan ayah saya,” katanya kepada Bernama semalam (5 Jul).

Beliau berkata ibunya Juriah Bachok amat sedih dengan gambar keadaan ayahnya disebar di alam maya.

Iera berkata keadaan ayah tirinya itu kini lemah akibat demam panas yang berterusan sejak 23 Jun lalu.

"Demam ayah berterusan sejak dua hari sebelum raya dan kami telah bawa ayah untuk mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital sebelum ini, hanya pada Selasa ayah dimasukkan di HUKM.

“Keadaan ayah stabil cuma lemah dan kena sentiasa dipantau. Kami sekeluarga buat keputusan untuk tidak dedahkan dulu mengenai penyakit ayah buat masa ini kerana terdapat beberapa teori daripada doktor,” katanya.

Beliau berkata keluarga kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’ itu yang dijangka akan diperoleh hujung minggu ini. 

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan