Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Karya-karya terbaik Sayembara Teater sejak 26 tahun lalu akan dibukukan

Karya-karya teater terbaik daripada pemenang pertandingan Sayembara Teater sejak 26 tahun lalu, sedang dalam perancangan untuk dibukukan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Karya-karya teater terbaik daripada pemenang pertandingan Sayembara Teater sejak 26 tahun lalu, sedang dalam perancangan untuk dibukukan.

Ini bagi memastikan ia dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan sandaran bagi penggiat seni muda tempatan.

Aktivis mapan seni tempatan, Nadiputra, berkongsi rancangan tersebut di sebuah acara pementasan oleh para pemenang Sayembara Teater tahun ini.

DEMI GENERASI PELAPIS

Penghayatan ilmu teater dengan menggunakan teater kanak-kanak.

Itulah tema yang diketengahkan oleh Sayembara Teater anjuran Teater 2000, sebuah kumpulan teater di bawah Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Tampines West.

Menurut pihak penganjur, tema itu dikupas baik oleh para peserta yang menonjolkan kepelbagaian dalam mengetengahkan persembahan mereka.

Melihat kepada landskap teater tempatan yang masih kekal relevan dalam bidang pendidikan dan masih lagi mampu menarik minat golongan muda.

Encik Nadiputra, aktivis teater veteran yang juga Pengerusi Teater 2000, berkongsi bahawa pihaknya merancang untuk mengumpulkan karya-karya teater terbaik yang akan dibukukan bagi rujukan generasi pelapis akan datang.

"Jadi tidak terbazir, tidak terbuang dan mudah-mudahan dengan usaha itu lebih bermanfaat penglibatan mereka. Bukan saja pementasan tetapi juga aspek pengurusan pementasan dari dasar naskhah itu sendiri dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan lebih ilmiah," kongsi beliau kepada BERITAMediacorp.

ILMU SENI TEATER DIMANFAATKAN PESERTA PERTANDINGAN

Para peserta yang ditemui turut berkongsi bagaimana pelibatan dalam persembahan seni teater membawa manfaat kepada diri mereka.

"Peluang bagi diri saya menyertai Sayembara Teater adalah untuk mengembangkan lagi bahasa ibunda kita,
 dan memberi saya sendiri keyakinan," kongsi peserta bernama Ahmad Ridhuan.

Seorang lagi peserta, Nur Diyana Abdul Malek berkongsi Sayembara Teater memberikannya peluang untuk menghargai bidang seni dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang lakonan dan teknikal.

Pertandingan Sayembara teater itu disertai 10 pasukan dari sekolah-sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi dan pasukan privet.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan