Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Kami pulaukan Izzue Islam? Kami tak diberikan ruang untuk bercakap' - Forteen

Pengumuman yang dibuat oleh penyanyi seberang tambak, Izzue Islam untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen di karpet merah akhir Gegar Vaganza mengejutkan ramai pihak. 

Anggaran Waktu Membaca:
'Kami pulaukan Izzue Islam? Kami tak diberikan ruang untuk bercakap' - Forteen

Kumpulan Forteen. (Gambar: official.forteen/Instagram)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 11:07PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 11:12PM

MALAYSIA: Pengumuman yang dibuat oleh penyanyi seberang tambak, Izzue Islam untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen di karpet merah akhir Gegar Vaganza mengejutkan ramai pihak.

Menurut Izzue, beliau membuat keputusan sedemikian kerana mendakwa dipulaukan oleh ahli kumpulan itu. Bagaimanapun, ahli kumpulan Forteen menafikan dakwaan tersebut malah, mengatakan turut terkejut dengan kenyataan Izzue, lapor Astro Gempak.

Malah menurut Ariz, salah seorang ahli kumpulan Forteen, tiada sebarang perbincangan yang berlaku sehingga Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada Forteen.

Ariz berkata punca sebenar Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu adalah disebabkan salah faham yang berlaku, menurut Astro Gempak lagi.

"Masalah yang dihadapi oleh kami tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu sebelum kami melakukan persembahan di ‘Gegar Vaganza Party Road to Finale’.

“Dia beranggapan bahawa kami tidak mendengar pendapatnya tentang pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri,” katanya kepada Astro Gempak.

Izzue sebelum ini pernah menghasilkan lagu solo berjudul Bimbang dan Sahabat dan turut dikenali sebagai pelakon.

Forteen ditubuhkan pada 2011 dan pernah bernaung bawah KRU Music. Antara lagu popular mereka adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh

Selepas penguduran Izzue, Forteen kini dianggotai oleh tiga anggota iaitu One, Ameer dan Ariz. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan