Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Joe enggan toleh ke belakang, harap Wings "boleh pergi jauh"

Joe tidak mungkin dapat melupakan saat jatuh bangun bersama kumpulan Wings.

Anggaran Waktu Membaca:
Joe enggan toleh ke belakang, harap Wings "boleh pergi jauh"

Kumpulan rock lagenda, Wings, semasa masih berempat. (Gambar: Instagram/awieofficial)

Diterbitkan : 17 Mar 2017 11:19PM Dikemas Kini : 17 Mar 2017 11:20PM

KUALA LUMPUR: Joe tidak mungkin dapat melupakan saat jatuh bangun bersama kumpulan Wings.

Beliau yang merupakan bekas pemain gitar kugiran itu, percaya keputusannya meninggalkan Wings merupakan ketentuan Ilahi dan mengandungi hikmah di sebaliknya.

Joe, atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 47 tahun baru-baru ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan beliau sudah menubuhkan sebuah kugiran baru - Prime Domestic.

"Ini adalah qadaq dan qadar yang harus diterima. Saya tidak mahu toleh ke belakang lagi kerana matlamat utama adalah untuk terus memandang ke hadapan,” katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Sekalipun begitu, gitaris itu tidak mahu konflik dalaman yang pernah dilalui bersama Wings bakal berulang untuk kugiran baru yang diasaskannya.

“Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya sokong mereka dan doakan berjaya.

“Sejarah tidak boleh diubah tetapi jika mereka ingin ubah masa depan tidak mengapa. Saya harap mereka boleh pergi jauh,” katanya.

Bagi Joe, apabila menubuhkan Prime Domestic, dia berharap dapat menghasilkan muzik yang bermutu buat peminat rock tempatan.

"Saya memang serius untuk hasilkan sesuatu yang berkualiti kerana tidak mahu setakat berdiri di atas pentas dan anggap usaha itu sudah memadai.

"Saya mahu kumpulan itu gah di mana-mana, mantap dari segi kawalan kualiti dan muzik yang dibawakan,” beliau memberitahu Malaysiakini.

Joe menyatakan harapannya itu ketika ditemui pada sidang pengumuman showcase band itu yang dijadual berlangsung pada 2 April depan di bangunan G Tower, Kuala Lumpur.

Selain Joe, Prime Domestic turut dianggotai Aweera (vokalis), Hillary Ang (gitaris), Gee (bes) dan Ainoll (dram). Kumpulan itu pada asalnya adalah sebuah band projek ditubuhkan Joe dan Hillary - bekas ahli kumpulan Search - pada 2011, lapor Malaysiakini.

Konflik mengenai Wings mulai dihidu apabila Konsert 30 Tahun Wings yang sepatutnya berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Disember 2016 ditunda.

Wings kini dianggotai Awie sebagai vokalis, Eddie (bes) dan Black (dram).

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan