Jihan Muse hamil anak ‘made in France’
Pengacara dan pelawak, Nuur Jihan Muse, mengumumkan yang beliau sedang hamil empat bulan.
MALAYSIA: Pengacara dan pelawak, Nuur Jihan Muse, mengumumkan yang beliau sedang hamil empat bulan.
Jihan mengumumkan berita gembira itu dalam racangan MeleTOP di Astro Awani semalam (16 Ogos).
“Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah. Semuanya sudah okay dan saya sudah boleh kembali bekerja,” kata Jihan.
Dalam pada itu, Jihan sempat berseloroh dengan mengatakan anak yang sedang dikandungnya adalah anak ‘made in France’, lapor Astro Gempak.
“Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.
“Kepada yang berteka-teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu,” katanya lagi.
Jihan, 34 tahun, sah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz, 32 tahun, pada 20 Mac 2016, lapor Astro Gempak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.