Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jet Li nafi hidup melarat

Buat pertama kali selepas lama menyepi dari dunia hiburan, Jet Li memuat naik gambar terbarunya di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Jet Li nafi hidup melarat

Gambar: Jet Li/Facebook

Diterbitkan : 24 May 2018 04:59PM Dikemas Kini : 24 May 2018 05:31PM

MALAYSIAKINI: Buat pertama kali selepas lama menyepi dari dunia hiburan, Jet Li memuat naik gambar terbarunya di media sosial.

Tidak seperti disangka ramai, bintang filem itu kelihatan seperti dalam keadaan sihat.

Hal itu lantas bercanggah dengan gambar mengenainya yang viral baru-baru ini.

Gambar yang viral itu menunjukkan Jet Li sedang uzur dan bergelut melawan penyakit hipertiroidisme serta masalah tulang belakang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang bimbang terhadap tahap kesihatan ini. Saya dalam keadaan sihat, malah saya juga teruja untuk berkongsi projek terbaru yang saya usahakan.

"Buat masa sekarang, terima kasih kerana sokongan anda,” tulisnya dalam catatan di Facebook malam semalam (23 Mei).

Sebelum itu, kesihatan Jet Li dilaporkan merudum hingga membuat pergerakannya terbatas.

Gambar itu muncul di media sosial selepas pelakon Lethal Weapon V dan Kiss Of The Dragon tersebut melawat sebuah kuil di Chengdu dan bukan seperti dilaporkan di Tibet baru-baru ini.

Kebanyakan peminat China meluahkan perasaan terkejut selain bimbang apabila melihat Jet Li, 55, dalam keadaan lemah selain berita mengejutkan mengenai masalah kesihatannya dipaparkan secara meluas dalam berita antarabangsa termasuk Amerika Syarikat.

Bahkan ada peminat yang tidak percaya dengan gambar yang menjadi viral tersebut kerana pelakon kelahiran Beijing itu kelihatan sudah tidak setangkas dulu berbanding aksi-aksi lasak dilakonkannya selama empat dekad sebelum ini.

Jet Li bagaimanapun kekal berdiam diri mengenai gambar viral terbabit hingga malam semalam sebelum memuat naik catatan terbarunya di media sosial.

Dalam catatan itu, Jet Li memuat naik tiga gambar termasuk satu bersama seorang sami.

Semakan Malaysiakini sejauh pagi ini (24 Mei) mendapati bahawa catatan Facebook itu hampir mencecah 60,000 'likes' dan lebih 3,000 'shares'.

Selain Facebook, Jet Li turut menggunakan aplikasi media sosial berpengaruh di China, Weibo untuk berterima kasih kepada peminat yang bimbang dengan gambar dirinya yang kelihatan seperti '80 tahun.'

Sementara itu, pengurus Steven Chasman berkata, gambar viral itu memberi gambaran buruk kepada Jet Li.

“Jet Li menghidap hipertiroidisme selama hampir 10 tahun. Bagaimanapun penyakit itu tidak mengancam nyawa dan dia menanganinya dengan baik," kata beliau. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan