JENGUK KEMBALI 2017: Mengenang bintang-bintang seni yang gugur
Tahun 2017 sudahpun meninggalkan kita. Pada hari ini, kita menyambut tahun yang baru dengan kemeriahan dan sorakan di sekeliling dunia.
BERITAMediacorp: Tahun 2017 sudahpun meninggalkan kita. Pada hari ini, kita menyambut tahun yang baru dengan kemeriahan dan sorakan di sekeliling dunia.
Bagaimanapun, dalam keriangan kita mengalu-alukan tahun 2018, ada juga yang masih meratapi kehilangan orang-orang yang tersayang pada tahun lalu.
BERITAMediacorp menyingkap 10 bintang seni yang gugur dan meninggalkan kita sepanjang tahun lalu.
Menceburi pelbagai bidang dan dari berlainan negara, kehadiran mereka dalam bidang seni jelas sudahpun meninggalkan kesan dalam jiwa penggemar seni dan kehilangan mereka amat dirasai.
Antara yang BERITAMediacorp senaraikan adalah pelakon legenda Tan Sri Jins Shamsuddin, penyanyi 60-an M. Ishak, seniman 60-an S. Rosley, pelakon Malaysia Ary Malik, pelakon tempatan Osman Zailani, komposer terkenal Johan Nawawi dan pelakon 60-an Latiff Borgiba.
Bintang-bintang yang pernah menghiasi industri seni antarabangsa turut disenaraikan.
Ini termasuk pelakon Bollywood terkenal Shashi Kapoor, pelakon James Bond Roger Moore dan legenda rock ’n’ roll Chuck Berry.
Yang pasti, bintang mereka akan terus bersinar dan sumbangan mereka akan terus dihargai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.