Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

JENGUK KEMBALI 2017: 10 berita hiburan paling menarik tahun ini

Dunia hiburan Melayu pada tahun 2017 memang sungguh berwarna warni. Banyak kontroversi dan kisah sedih berlaku. Banyak kejayaan dan pencapaian para artis juga disaksikan.

Anggaran Waktu Membaca:
JENGUK KEMBALI 2017: 10 berita hiburan paling menarik tahun ini

Selebriti-selebriti dalam berita hiburan paling menarik tahun ini.

BERITAMediacorp: Dunia hiburan Melayu pada tahun 2017 memang sungguh berwarna warni. Banyak kontroversi dan kisah sedih berlaku. Banyak kejayaan dan pencapaian para artis juga disaksikan.

Sedang kita meninggalkan tahun 2017 ini, BERITAMediacorp mengajak anda mengimbas kembali 10 berita hiburan paling menarik yang berlaku di Singapura dan Malaysia, sepanjang 12 bulan lalu.

1. FATTZURA KELEPAK GEMBING GEMBING

Kecoh! Dunia hiburan dilanda fenomena Fattzura tahun ini selepas pelakon Fattah Amin dan Fazura digabungkan dalam drama Hero Seorang Cinderella. Persada seni turut digemparkan dengan pernikahan mengejut Fattah dan Fazura yang berjaya diselindungkan dari perhatian media.

Meskipun sudahpun mengumumkan bahawa mereka sudah bertunang pada 13 November dalam satu sidang media selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah, yang pasti, tiada siapa yang menyangka mereka bakal diijabkabulkan beberapa hari kemudian!

Bijak sungguh mereka berahsia dan mereka jelas berhasil menyemarakkan lagi kegilaan orang ramai terhadap Fattzura dengan perkongsian detik manis selepas berkahwin di media sosial. Ternyata, cinta yang berputik di set penggambaran ini selamat sampai ke jenjang pelamin.

Fazura dan Fattah Amin selamat bernikah dalam majlis tertutup malam tadi.

Posted by BERITAMediacorp on  Monday, 27 November 2017

2. SITI NURHALIZA HAMIL, DAPAT DATUK SERI

Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin hamil, dan usia kandungan itu juga kini memasuki tujuh bulan. Kisah wanita hamil mungkin biasa kita dengar, tetapi bagi penyanyi dan peminatnya sendiri, inilah saat yang amat dinanti-nantikan selepas 11 tahun beliau mendirikan rumahtangga dengan Khalid Mohamad Jiwa.

Pengesahan itu turut dibuat oleh DS Siti Nurhaliza sendiri menerusi satu pengumuman secara langsung di laman Instagram Live dan YouTube beliau pada 13 Oktober lalu. Yang jelas, rezekinya kian bertambah. Pada Oktober lalu, penyanyi tersebut juga diberi gelaran Datuk Seri oleh Sultan Pahang.

Siti Nurhaliza hamil anak lelaki? Betulkah Siti buat rawatan kesuburan di S’pura?

Posted by BERITAMediacorp on  Friday, 3 November 2017

3. TAHUN PENCAPAIAN BESAR NEELOFA

Pelakon dan usahawan terkenal Neelofa merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Malah, lebih membanggakan, Neelofa juga menjadi rakyat Malaysia dan wanita berhijab yang pertama dilantik sebagai duta bagi jenama kosmetik antarabangsa, Lancome. Beliau juga seorang duta bagi satu lagi jenama antarabangsa - Swarovski.

Baru-baru ini juga, AirAsia Bhd melantik beliau sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya. Semakin melimpah-ruah rezeki Neelofa! Tahun 2017 jelas menjadi tahun pencapaian besar bagi Neelofa. Semoga beliau terus menjadi inspirasi kepada wanita dan usahawan di sekeliling dunia.

“Neelofa bijak, muda dan berdikari - ciri-ciri yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus kekal di hadapan." - CEO Air Asia, Tony Fernandes.

Posted by BERITAMediacorp on  Friday, 8 December 2017

4. KONTROVERSI ALIFF AZIZ & AFIFAH NASIR

Penyanyi Singapura Aliff Aziz dan pelakon Malaysia Afifah Nasir dikaitkan dengan kontroversi setelah ‘dicekup’ di sebuah pusat karaoke oleh isteri Aliff, Bella Astillah. Aliff juga dikatakan bertindak kasar dengan isteri, yang ketika itu masih dalam pantang, di pusat hiburan itu selepas dipercayai memarahi suaminya dan memetik gambarnya semasa insiden tersebut.

Ayah kepada Ayden Adrean itu bagaimanapun tampil meminta maaf secara terbuka dahulu, disusuli dengan Afifah Nasir dalam dua sidang media berasingan. Meskipun isu itu kian terlerai dan Bella juga sudah memaafkan suaminya, hubungan profesional antara Aliff dan Afifah seakan-akan masih tegang.

"Saya berharap semua orang dapat mendoakan semoga Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar dengan apa yang...

Posted by BERITAMediacorp on  Monday, 31 July 2017

5. GADUH BESAR: NICK MIKHAIL VS. ZED ZAIDI

Persatuan Seniman Malaysia membuat aduan polis terhadap pelakon Singapura Nick Mikhail selepas beliau didakwa mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Presiden Seniman, Zed Zaidi. Insiden tersebut juga dibangkitkan pihak Seniman menyusuli isu kontroversi melibatkan Aliff Aziz yang mendapat perhatian meluas dan ramai mula bertanya tentang permit bekerja penyanyi itu di Malaysia.

Awal dari itu, Zed Zaidi juga mengatakan 'kau buat sekali lagi, gua cari lu sampai dapat'. Ini kemudian dibalas Nick Mikhail dengan 'lu langgar Aliff, gua langgar lu. Lu datang sini, gua mahu tengok lu punya pancung'. Bagaimanapun, dalam satu wawancara eksklusif dengan BERITAMediacorp, Nick menegaskan apa yang dikatakannya "hanyalah cabaran bukan ugutan."

Nick, yang pernah menjadi anggota Seniman pada tahun 2002 hingga 2003, juga menyebut bahawa beliau tidak pernah ada masalah dengan negara, warga dan artis Malaysia dan sendiri menghargai layanan baik dan kenangan manis semasa beliau menjadi anggota persatuan itu.

"Anda rasa saya tidak terkesan? Orang kata macam-macam tentang anak saya, isteri saya. Saya terima ugutan seperti 'kau...

Posted by BERITAMediacorp on  Friday, 4 August 2017

6. BERITA SEDIH: ELFEE ISMAIL HILANG KEMBAR 3

Anak kembar tiga yang dikurniakan kepada Elfee Ismail dan isterinya, Fauziah Mohamad sememangnya dianggap sebagai zuriat yang amat dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi selepas 11 tahun melayari bahtera perkahwinan. Namun, siapa yang tidak berasa pilu jika segala-galanya ‘hilang’ dalam tempoh tiga minggu sahaja. Itulah dugaan besar yang terpaksa ditempuhi Elfee dan isterinya, menjelang bulan Ramadan lalu.

Selepas keguguran pertama, isterinya kian beransur pulih dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah. Bayi kedua dan ketiga pula keluar dengan sendirinya dalam jarak setengah jam, semasa Elfee sedang menjalani latihan bagi Sinar Lebaran.

Pengalaman tersebut bukan sesuatu yang mudah diharungi bagi pasangan suami isteri ini. Meskipun begitu, kesungguhan mereka untuk terus tabah dan reda wajar dijadikan iktibar.

Penyanyi Elfee Ismail, yang hilang anak kembar 3, luahkan isi hati dan cerita detik-detik hibanya kepada BERITAMediacorp.

Posted by BERITAMediacorp on  Tuesday, 30 May 2017

7. BENJY DIPENJARA 11 TAHUN ATAS KESALAHAN DADAH

Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Benjy, dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun. Anak lelaki kepada pelakon legenda Azean Irdawaty itu didapati bersalah cuba menyeludup dadah methamphetamine yang disembunyikan dalam duburnya, semasa berada di Sumatera.

Benjy turut ditangkap dengan 4.5 gram dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, pada April tahun ini. Selain hukuman penjara, Benjy, 38 tahun, turut diarah membayar denda sebanyak AS$74,000 (RM313,000 atau S$98,800) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Anak Azean Irdawaty - Benjy - dikenakan hukuman penjara 11 tahun di Indonesia.

Posted by BERITAMediacorp on  Wednesday, 18 October 2017

8. ALIAS KADIR TERPAKSA POTONG KAKI

Kaki kiri pelawak Alias Kadir dikudungkan setelah melalui pembedahan empat jam pada 4 Ogos lalu. Meskipun pada awalnya keadaan penyakit kencing manis yang dialaminya memaksa Alias dipotong dua jari kaki kirinya pada April lalu, ternyata penyakitnya itu menjadi bertambah teruk dan kini bahagian bawah kaki yang sama, terpaksa dikudungkan pula.

Bagaimanapun, Alias memberitahu beliau masih ingin berkarya dan sudah pun berura-ura ingin merakamkan lagu single bersama pelawak terkenal dan teman baiknya, Hamzah Adon. Alias juga bersedia untuk memakai kaki palsu atau kaki prostetik, supaya kehidupannya tidak akan teruk terjejas, dan tidak kisah pula untuk berkerusi roda buat jangka waktu terdekat.

Alias Kadir terpaksa kudungkan kaki, jika tidak ia boleh bawa maut.

Posted by BERITAMediacorp on  Sunday, 6 August 2017

9. ADI PUTRA BERPISAH DENGAN KEDUA-DUA ISTERI, DAPAT GELARAN DATUK

Adi Putra berpisah dengan kedua-dua isterinya pada bulan Mac. Ini selepas tersebarnya berita mengenai pernikahan kali keduanya tahun lalu. Pelakon kelahiran Singapura itu turut membuat pengumuman perceraian tersebut menerusi laman Facebooknya sambil memuat naik gambar kedua-dua bekas isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

Bagaimanapun, Adi Putra dilihat berangkat ke tanah suci bersama Aida dan juga anak angkat mereka, Zara Adelia, untuk menunaikan ibadah umrah.

Sehubungan itu, pada Oktober lalu, Adi Putra menerima gelaran 'Datuk' setelah beliau mendapat anugerah kebesaran dari Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah. Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, diberikan kepada Adi Putra di Istana Abu Bakar.

ADI PUTRA BERPISAH DENGAN KEDUA-DUA ISTERINYA:"Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida."

Posted by BERITAMediacorp on  Thursday, 23 March 2017

10. TAHUN PALING CEMERLANG RAHIMAH RAHIM

Tahun 2017 sebenarnya tahun terbaik Rahimah Rahim sepanjang kerjayanya hiburannya. Rahimah Rahim dilantik ke Dewan Wanita Masyhur Singapura (SWHF). Bintang popular era 70-an itu juga adalah salah seorang daripada tujuh wanita yang diiktiraf oleh Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO).

Rahimah Rahim, dijulang dengan anugerah besar yang kedua bulan Mac lalu, apabila beliau kemudian dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pesta Perdana, iaitu Anugerah Perdana Emas. Pada November pula, Rahimah mengadakan konsert solonya yang pertama! Diberi tajuk ‘Rahimah Rahim: Hidupku, Seniku… perjalanan hidupku dalam muzik’ - pada usia matang 62 tahun!

"Inilah konsert solo saya yang pertama selepas empat dekad. Dan ini jugalah yang terakhir," katanya. 

RAHIMAH RAHIM PENERIMA ANUGERAH SEPANJANG HAYAT PESTA PERDANA - ANUGERAH PERDANA EMAS:Rahimah Rahim kelihatan terharu...

Posted by BERITAMediacorp on  Friday, 31 March 2017
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan