'Jangan terlalu gembira di media sosial', pesan Melly Goeslaw susuli gempa Lombok
Melly Goeslaw tampil dengan satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya
JAKARTA: Rantau ini digemparkan dengan berita bencana gempa bumi yang berlaku di Lombok, Indonesia, baru-baru ini, menurut satu laporan Astro Awani.
Menyusuli bencana itu, penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw tampil dengan satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, semalam (7 Ogos).
Astro Awani melaporkan bahawa Melly menyeru masyarakat agar meluahkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu dengan tidak terlalu menunjuk kegembiraan dan kesenangan di wadah media sosial.
"Di saat situasi mereka (mangsa gempa di Lombok) sedang berkabung, maka eloklah jika kita tidak terlalu bergembira dan menunjukkan kemewahan di media sosial, setidak-tidaknya, hormatilah mereka yang sedang berduka.
"Jika kita tidak berupaya untuk membantu, sekurang-kurangnya marilah kita berdoa untuk mereka dan sentiasa menanamkan kesyukuran di dalam hati," tulis beliau.
Melly berkecimpung dalam industri hiburan Indonesia sejak tahun 1955 menerusi kumpulan Potret Band sebelum bergerak solo dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini, lapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.