Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita" walaupun lakonan - nasihat Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi tidak setuju jika lelaki yang sudah berkahwin diberi peluang untuk dilayan wanita lain biarpun sekadar dalam lakonan atau nyanyian.

Anggaran Waktu Membaca:
"Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita" walaupun lakonan - nasihat Abby Abadi

Abby Abadi. (Gambar: abby_abadi112/Instagram)

Diterbitkan : 15 Feb 2018 09:17PM Dikemas Kini : 15 Feb 2018 09:30PM

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi tidak setuju jika lelaki yang sudah berkahwin diberi peluang untuk dilayan wanita lain biarpun sekadar dalam lakonan atau nyanyian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41 tahun, menerusi laman Instagram beliau berkata, ia seperti membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong manusia menjurus kepada maksiat, lapor laman mStar.

"Suami kita hak eksklusif kita, segalanya halal, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita, jangan bagi suami peluk perempuan lain, jangan bagi suami dukung perempuan lain.

"Jangan bagi perempuan lain pakaikan baju, makeup suami kita. Jangan jangan jangan, itu 'mengundang' namanya. Walaupun sekadar lakonan atau sewaktu persembahan nyanyian atau waktu bekerja. Syaitan tetap suka," tulisnya.

Pendapat Abby menerima reaksi positif warga siber yang rata-rata bersetuju, lapor mStar.

Gambar dengan kapsyen tersebut menerima lebih 10,000 'Like' dan reaksi positif pengikut yang rata-rata bersetuju dengan pendapat pelakon Gerak Khas itu.

Warga siber turut menganggap Abby sebagai layak untuk memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini. Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15 tahun, Marissa Dania Hakim, 13 tahun dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada tahun 2008.

Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudian bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25 tahun pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga. Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Manakala Norman pula berkahwin dengan seorang lagi pelakon wanita, Memey, pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4 tahun dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, dalam satu catatan lain Abby ditanya tentang sama ada seseorang penulis novel yang tulisannya diadaptasi kepada drama turut menerima saham dosa jika pelakon yang melakonkan drama itu berpakaian seksi dengan babak sebagai suami isteri.

Abby menjawab, ia saling berkait kerana idea asal adalah daripada penulis berkenaan, lapor mStar. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan