Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Istimewa buat peminat, Syafiq Kyle edarkan 5,000 kad raya

Meskipun kad raya kini tidak lagi menjadi pilihan utama sedang orang ramai beralih kepada ucapan secara maya atau media sosial, pelakon Syafiq Kyle memilih untuk meneruskan tradisi tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Istimewa buat peminat, Syafiq Kyle edarkan 5,000 kad raya

Kad raya yang diberi khas kepada para peminat. (Gambar: Syafiq Kyle via Sinar Harian)

Diterbitkan : 08 Jun 2018 02:54PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 02:59PM

KUALA LUMPUR: Meskipun kad raya kini tidak lagi menjadi pilihan utama sedang orang ramai beralih kepada ucapan secara maya atau media sosial, pelakon Syafiq Kyle memilih untuk meneruskan tradisi tersebut.

Menurut pelakon utama drama Nur tersebut, pada tahun ini dia bakal mengedarkan 5,000 kad raya eksklusif untuk para peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini, lapor Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya jalankan projek kad raya sebagai satu simbol penghargaan kepada semua peminat.

“Awalnya saya rasa penyediaan kad raya ini agak melecehkan, bagaimanapun sangkaan itu meleset apabila ia sebenarnya sangat menyeronokkan,” kata Syafiq yang mahu mengembalikan tradisi lama sempena Aidilfitri nanti.

Sinar Harian melaporkan bahawa kad raya istimewa itu menampilkan rekaan berbentuk karikatur wajah Syafiq, berserta pantun yang bertemakan Hari Raya.

Malah ia juga akan disertakan dengan ucapan dan tandatangan daripada Syafiq sendiri, khas buat para peminatnya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan