Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isteri Hafiz Hamidun failkan permohonan bubar nikah

Joy Revfa, isteri penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini (21 Ogos) didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri Hafiz Hamidun failkan permohonan bubar nikah

Hafiz Hamidun bersama isterinya Joy pada hari persandingan mereka. (Gambar: Youtube / Liya Dior)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 02:33PM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 02:35PM

SHAH ALAM: Joy Revfa, isteri penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini (21 Ogos) didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Menurut Berita Harian Malaysia (BHM), Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakan itu diambil atas hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.

"Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

"Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.

"Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah," katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini.

Joy berkata, seperti dipetik BHM, selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

"Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita," katanya kepada BHM.

Pengasas kosmetik itu tidak tahu sebarang konspirasi dan agenda di sebalik tindakan suaminya itu.

Sementara itu, Hafiz dilihat berada di pekarangan mahkamah seawal jam 9.00 pagi. Difahamkan, Hafiz turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka.

Joy dan Hafiz diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan