Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isteri Aaron Aziz beri amaran, "Cubalah kalau nak cari nahas"

Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik tidak membenarkan suaminya itu berlakon dalam mana-mana filem bergenre aksi buat masa ini, lapor mStar.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri Aaron Aziz beri amaran, "Cubalah kalau nak cari nahas"

Isteri yang juga pengurus kepada Aaron Aziz tidak membenarkannya berlakon dalam filem aksi buat sementara waktu. (Gambar: Instagram/@aarondwiaziz)

Diterbitkan : 28 Oct 2017 10:40AM Dikemas Kini : 28 Oct 2017 10:43AM

MALAYSIA: Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik tidak membenarkan suaminya itu berlakon dalam mana-mana filem bergenre aksi buat masa ini, lapor mStar.

Diyana yang juga pengurus Aaron berkata, penyakit saraf membabitkan urat di bahu kiri dialami suaminya sebelum ini masih belum pulih sepenuhnya dan beliau tidak mahu keadaannya melarat.

"Sebelum ini, tiga bulan Aaron tidak boleh menjalani penggambaran kerana penyakit itu dan sekarang Alhamdulillah semakin pulih namun masih perlu berhati-hati agar ia tidak berulang.

"Jika Aaron tetap berdegil, dia mungkin tak boleh berlakon untuk tempoh enam bulan dan lebih baik dia berehat sekarang. Kesihatan Aaron kini semakin pulih.

"Saya tak benarkan, kalau nak cari nahas cubalah ambil," katanya.

Aaron dan Diyana ditemui mStar pada majlis pelancaran syarikat pengurusan artis iaitu Rocket Fuel Entertainment yang diadakan pada Khamis.

Selain Aaron, turut membarisi sebagai artis naungan syarikat itu adalah Lisa Surihani, Zizan Razak, Hisyam Hamid, Syamel, Stacy, Hazama dan Sufi Rashid.

Menurut laporan mStar, Aaron berkata, beliau kini sedang berehat bagi memberikan tumpuan kepada kesihatannya selain menjalani rawatan dan urutan secara tradisional.

Beliau akur dengan keadaan kesihatannya namun berazam untuk kembali pulih sepenuhnya memandangkan jadualnya padat sehingga Oktober tahun hadapan.

"Penyakit ini berulang kalau saya tidak jaga betul-betul dan kalau diikutkan saya mahu sahaja terima tawaran filem aksi tetapi memikirkan jangka panjang saya terpaksa tolak beberapa projek." kata Aaron.

Aaron sebelum ini mendedahkan beliau mula mengalami penyakit itu pada sekitar tahun 2012 dan ia menjadi serius ketika beliau mahu mendukung anaknya pada awal tahun ini.

Ketika kejadian bahu dan tangan kirinya berasa kebas, doktor menasihatkannya supaya menjalani pembedahan. Namun, beliau enggan mengikuti nasihat doktor dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan