Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Iron Man bawa keceriaan kepada pesakit kanak-kanak, angkat sumpah Avengers

Pelakon Hollywood Robert Downey Jr memberi kejutan manis kepada sekitar 40 penerima bantuan Make-A-Wish dalam satu acara hari ini (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2018 07:03PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 09:12PM

SINGAPURA: Pelakon Hollywood Robert Downey Jr memberi kejutan manis kepada sekitar 40 penerima bantuan Make-A-Wish dalam satu acara hari ini (15 Apr).

Beliau muncul dalam acara khas sebagai penghormatan atas keberanian mereka dalam melawan penyakit kritikal.

Pelakon Iron Man ini 'mengetuai' kanak-kanak lain mengangkat sumpah Avengers, dan turut mengangkat sumpah kepada mereka sebagai ahli kehormat "Little Avengers".

Pelakon terkenal itu berada di Singapura untuk mempromosikan filem terbarunya - Avengers: Infinity War.

Make-A-Wish merupakan sebuah pertubuhan amal yang berusaha membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit berbahaya dengan memenuhi impian mereka.

Acara ini merupakan salah satu daripada pelbagai kegiatannya bulan ini bagi meraikan Hari Harapan Sedunia, yang secara tidak langsung memperingati harapan pertama penubuhan pertubuhan itu.  

Sumber : CNA/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan