Images
  • nizen ayob
    Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia hari ini (6 Ogos). (Gambar: emedpro/ Instagram) 

'Inspektor Gerak Khas' Nizen Ayob meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob, meninggal dunia hari ini (6 Ogos).

Nizen, 33 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, akibat kerosakan pada buah pinggang. Beliau disahkan meninggal dunia pada sekitar 11.55 pagi.

Menurut Astro Awani, pelakon yang memainkan watak Inspektor Nizam dalam drama Gerak Khas sebelum ini dalam keadaan koma.

Jenazah dibawa ke rumah keluarganya di Johor Bahru sebelum dikebumikan.

Arwah Nizen pernah membintangi beberapa drama televisyen selain Gerak Khas, termasuk Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah, lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani lagi, cucu kepada Allahyarham S. Roomai Noor itu juga pernah menyertai satu program realiti, Pilih Kasih.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top