Images
  • nassier wahab
    Nassier Wahab bersama Syafiq Kyle di satu majlis rumah terbuka. (Gambar: @nassierwahab/ Instagram)

Inilah rahsia awet muda Nassier Wahab

MALAYSIA: Meskipun usia sudah mencecah 56 tahun dan berkecimpung dalam industri seni sejak 1980-an, Nassier Wahab antara selebriti yang terus bertahan dalam dunia seni dengan kehebatan vokalnya.

Namun, tidak itu sahaja, paling mencuri tumpuan peminatnya adalah beliau sentiasa kelihatan muda. Menurut Astro Awani, penyanyi popular ini juga sering berkongsi tentang cara menjaga kesihatan, vokal dan kisah kehidupannya.

Tidak ramai yang tahu, tetapi baru-baru ini, penyanyi Alif Satar, mendedahkan rahsia awet muda Nassier Wahab. Ternyata, penyanyi itu mengamalkan surah Yusuf.

Ini didedahkan melalui posting Instagram Alif Satar yang turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama Nassier semasa beliau masih kecil lagi.

Astro Awani menukil Alif yang menyatakan Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga ke hari ini.

Dalam dua foto di bawah status Instagram yang sama, Nassier yang 'dulu' sememangnya kelihatan tidak banyak jauh berubah jika dibandingkan dengan sekarang.

Alif juga menganggap Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik, lapor Astro Awani. 

- Agensi berita/AQ/aq

Top