Images
  • zahirah's mom
    Ibu Zahirah, Cik Maslinda Yusof, bernikah dengan rakyat Singapura, Hairul Azni Bendiamin. (Gambar: Maslinda Yusoff_/Instagram)

Ibu pelakon Zahirah Macwilson bernikah dengan rakyat S'pura

PERTH: Pelakon Zahirah Macwilson, yang kini hangat diperkatakan dalam media dan media sosial kerana 'bercakar' dengan pelakon Zul Ariffin, kini nampaknya ada 'ikatan' dengan Singapura.

Apakan tidak, ibu kepada pelakon berkenaan selamat bernikah dengan seorang rakyat Singapura baru-baru ini.

Sinar Harian melaporkan, ibu Zahirah iaitu Cik Maslinda Yusof, 44 tahun, bernikah dengan seorang duda anak tiga rakyat Singapura, Hairul Azni Bendiamin, 48 tahun, pada 24 Mac.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana di Masjid Hepburn, Perth, Australia. Encik Hairul Azni difahamkan adalah seorang jurutera teknisyen di syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA).


(Gambar: MaslindaYusoff_/Instagram)

"Alhamdulillah segala berjalan lancar... InsyaAllah selepas ini suami akan turut menetap di Perth," katanya kepada Sinar Harian.

Semasa ditanya mengenai penerimaan Zahirah bagi perkahwinan ini, Maslinda juga memberitahu Sinar Harian anaknya itu "gembira kerana ibunya sudah mempunyai teman".

Cik Maslinda sebelum ini pernah berkahwin dengan Zainol Macwilson dan dikurniakan empat orang anak. Namun mereka bercerai pada 2015. 

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top