Images
  • limah
    (Gambar: @uqashafabulous/Instagram)

Hantu Kak Limah raih RM1.8 juta pada hari pembukaan

KUALA LUMPUR: Filem komedi seram, 'Hantu Mak Limah' catat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta (S$604,423), pada hari pembukaannya semalam (9 Ogos).

Kutipan tersebut sekali gus meletakkan filem arahan Mamat Khalid itu sebagai filem yang mengaup kutipan tertinggi di hari pertama pada tayangan umum.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu membariskan para pelakon seperti Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose serta penampilan istimewa Erra Fazira dan ahli usahawan jutawan Malaysia, Seri Vida.

'Hantu Kak Limah' kini ditayangkan di 133 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

- Agensi berita/HS/hs

Top