Images
  • Hafiz Suip
    Hafiz Suip bersama isterinya. (Gambar: Hafiz Suip/Instagram)

Hafiz Suip buka tirai 2018 bergelar bapa

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jasreel Abdullah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 8.06 pagi tadi (31 Dis).

Hafiz menerusi akaun Instagram beliau mendedahkan perkara itu dengan memuat naik gambar kaki anaknya yang turut tertera butiran kelahiran pada tag yang dipakai, lapor laman mStar.

Penyanyi lagu Awan Nano itu menerusi kapsyen pada gambar memberitahu kelahiran bayi sulungnya itu sebagai hadiah bagi pembuka tirai tahun 2018.


"Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

"Jutaan terima kasih kepada isteri saya, Nureffy Jesreel kerana memberikan saya detik yang indah sepanjang tahun ini.

"Terima kasih juga kepada ibu bapa kami, keluarga serta sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua," tulisnya, seperti yang dipetik laman mStar.

Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 27 tahun, dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top