Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hadapi masa sukar, Bob Lokman tekad sara hidup jual nasi ayam kampung

Dulu namanya sempat melonjak naik selepas lagu popular Isabella nyanyian Search. Kini, pencipta lagu beberapa 'hits' nyanyian kugiran Search dan Wings itu bertapak menjadi seorang peniaga nasi ayam kampung.

Anggaran Waktu Membaca:
Hadapi masa sukar, Bob Lokman tekad sara hidup jual nasi ayam kampung

(Gambar: bob_lokman/Instagram)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 09:21AM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 09:26AM

MALAYSIA: Dulu namanya sempat melonjak naik selepas lagu popular Isabella nyanyian Search. Kini, pencipta lagu beberapa 'hits' nyanyian kugiran Search dan Wings itu bertapak menjadi seorang peniaga nasi ayam kampung.

Baru sahaja dua hari Bob Lokman berniaga di pekarangan Masjid Al-I’tisam, makanannya laris dijual. Malah habis dijual dalam tempoh hanya tiga jam seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Nasi berlauk ayam gorengnya dijual pada harga hanya RM7.50 (S$2.50). Tetapi, para pelanggan berasa puas hati dengan isi lembut ayam goreng yang dijual. Menurut Bob, ayam yang dijual disembelih sebelum tempoh matang. Air-air yang dijual juga laris "sangat cepat".

SEMPAT SUSAH, BELUM MAMPU BAYAR SEWA

Kali terakhir Bob, 54 tahun, atau nama asalnya Mohd Hakim Lokman, berniaga adalah pada Jun lalu. Ketika itu beliau mengusahakan perkhidmatan menyajikan makanan atau katering.

Bob terpaksa menghentikan perniagaannya kerana perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital selama enam bulan ekoran masalah jantung dan paru-paru, lapor Malaysiakini. Bob turut menghidap penyakit kencing manis.

Bob kemudian memberanikan diri untuk berniaga secara kecil-kecilan demi menyara kehidupannya sekeluarga walaupun beliau akui menghadapi kesukaran untuk berdiri terlalu lama.

Sebagai permulaan, Bob menyasarkan hingga 200 pelanggan. Sekiranya perniagaannya menunjukkan perkembangan sangat positif, Bob bercadang untuk menambah jenis menu dan jumlah hidangan dari semasa ke semasa selain memanjangkan waktu penjualan.

Buat masa ini, pihak masjid membantu dengan mengizinkannya berniaga di situ tanpa mengenakan sebarang bayaran hingga keadaan mengizinkannya untuk membayar sewa.

KOS PERUBATAN TINGGI 

“Pihak masjid bagi peluang untuk berniaga dulu. Sekiranya tiada halangan dan perniagaan ini maju untuk diteruskan barulah kami akan rundingkan mengenai sewa,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam pada itu, Bob mendedahkan bahawa beliau terpaksa mengambil 15 jenis ubat setiap bulan dengan kos dianggarkan melebihi RM1,000 (S$330).

Walaupun kini hanya perlu pergi ke hospital sekali sebulan bagi menjalani rawatan, beliau masih bergantung kepada tabung oksigen untuk bantuan pernafasan semasa tidur.

“Tanpa tangki oksigen pernafasan boleh terhenti secara tiba-tiba dan insiden itu mengakibatkan saya dimasukkan ke hospital beberapa kali sebelum ini.

"Kesan daripada kejadian itu badan akan terasa lesu dan mengantuk," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan