Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gambar 'ratu jazz' Sheila Majid bertudung tarik reaksi positif peminat

Daya vokal 'ratu jazz' Malaysia sudah lama menambat hati peminat. Namun, baru-baru ini, gambar Sheila Majid dengan gaya bertudung pula mendapat perhatian peminat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar 'ratu jazz' Sheila Majid bertudung tarik reaksi positif peminat

(Gambar: INSTAGRAM/Sheila Majid)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 12:22AM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 12:26AM

MALAYSIA: Daya vokal 'ratu jazz' Malaysia sudah lama menambat hati peminat. Namun, baru-baru ini, gambar Sheila Majid dengan gaya bertudung pula mendapat perhatian peminat.

AstroAwani menukil gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram penyanyi popular itu pada Sabtu (9 Jun), yang menunjukkan beliau manis bertudung dan bergambar bersama Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kapsyen catatan IGnya, Sheila meluahkan rasa syukur kerana dapat berbuka puasa dan berpeluang bersolat tarawih bersama Dr Mahathir.

Menggambarkan catatan IG itu lagi, AstroAwani melaporkan bahawa penyanyi lagu 'Gemilang' itu mengenakan tudung serta jubah berwarna hitam.

Rata-rata peminatnya suka dengan imej bertudung Sheila Majid kerana dilihat lebih sopan dan manis, tambah AstroAwani

Selain itu, peminat juga berharap gaya Sheila dalam foto berkenaan dapat dikekalkan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan