Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem 'Rise: Ini Kalilah' raih inspirasi daripada Pilihan Raya Umum M'sia

'Rise: Ini Kalilah' merupakan filem cereka 100 minit yang meraih inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Filem 'Rise: Ini Kalilah' raih inspirasi daripada Pilihan Raya Umum M'sia

(Gambar: Facebook/Rise Ini Kalilah)

Diterbitkan : 06 Aug 2018 01:43PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 01:49PM

KUALA LUMPUR: Sebuah filem bertemakan perpaduan dan diilhamkan dari Pilihan Raya Umum ke 14 Malaysia bakal ditayangkan di negara itu sempena Hari Malaysia pada September. Ini menurut Astro Awani.

'Rise: Ini Kalilah' merupakan filem cereka 100 minit yang meraih inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia.

“Cerita ini mengikut kisah enam watak dari latar belakang dan bangsa yang berbeza, contohnya ada seorang anggota polis, seorang ahli perniagaan, seorang pelajar di London, seorang guru dan sebagainya,“ kata pengarah Saw Teong Hin ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis (2 Ogos).

Selain beliau, filem itu turut diarahkan Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath.

Astro Awani melaporkan bahawa antara cabaran utama bagi pengarah, pelakon dan kru produksi adalah tempoh masa singkat yang diberikan kerana filem itu harus dilancarkan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

"Semua orang seperti hendak pengsan, tetapi kami teruskan dengan projek ini. Kami betul-betul ingin menghasilkan filem ini dan meraikan detik bersejarah ini,” kata Saw.

Menurut Astro Awani lagi, filem itu menampilkan enam pelakon utama iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia.

Sementara itu, Remy Ishak berkata beliau melakonkan watak Azman, seorang anggota polis.

Mira Filzah pula melakonkan watak seorang gadis yang menetap di London dan tidak peduli mengenai kepentingan mengundi pada pilihan raya.

Penggambaran filem 'Rise: Ini Kalilah' dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

Ia kini memasuki fasa pasca produksi dan dijangka ditayangkan bermula 13 September. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan