Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fesyen rambut dikecam, Scha Alyahya ajak netizen berbuat baik

Sebut saja nama Scha Alyahya, siapa tidak kenal? Pelakon, pengacara juga model terkenal itu selalu tampil dengan gaya dan imej yang ‘trendy’.

Anggaran Waktu Membaca:
Fesyen rambut dikecam, Scha Alyahya ajak netizen berbuat baik

Gambar: Scha Alyahya/Instagram

Diterbitkan : 18 Jun 2018 08:01AM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 08:12AM

KUALA LUMPUR: Sebut saja nama Scha Alyahya, siapa tidak kenal? Pelakon, pengacara juga model terkenal itu selalu tampil dengan gaya dan imej yang ‘trendy’.

Namun begitu, baru-baru ini, ada juga yang bermulut lancang, mengecam fesyen rambutnya, lapor Sinar Harian.

Biarpun dikecam, Scha, 36, tetap tenang malah berkata semua orang berhak bercakap namun ada adabnya bila menyuarakan perspektif dan pilihan mereka.

"Saya sedar, akal dan hati boleh jadi tipis tanpa adanya semangat yang kuat mahupun asas yang kuat. Saya bersyukur kerana mental dan emosi kuat.

"Dengan adanya media sosial ni, semua nak untuk 2 sen masing-masing sampai lupa adab. Amalkan kebaikan dalam apa saja yang anda mahu lakukan atau katakan.

"Tak salah berlainan pendapat dan pilihan, cuma penyampaian kenalah yang sesuai dan tidak perlu kasar," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Lara itu berharap masyarakat dan netizen selepas ini menjaga lisan ketika bertutur dan beramal dengan kebaikan.

"Oleh itu, berbuat baik kepada orang lain dan tidak perlu 'body shaming' atau membahan penampilan orang.

"Jadilah insan yang baik dan fahami perbezaan. Dunia memerlukan lebih banyak kebaikan. Selamat Hari Raya yang kedua, harap semua orang mempunyai hari yang luar biasa," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan