Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fattah Amin bawa Fazura jumpa keluarga, "berserah pada jodoh"

'Hero' drama Melayu yang sedang hangat sekarang ini, Fattah Amin, mengakui sudah beberapa kali membawa pelakon jelita Nur Fazura berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.

Anggaran Waktu Membaca:
Fattah Amin bawa Fazura jumpa keluarga, "berserah pada jodoh"

Fattah Amin bersama Fazura di majlis sambutan hari lahir mereka. (Gambar: dhia.feruz/Instagram)

Diterbitkan : 27 Sep 2017 08:53PM Dikemas Kini : 27 Sep 2017 09:09PM

MALAYSIA: 'Hero' drama Melayu yang sedang hangat sekarang ini, Fattah Amin, mengakui sudah beberapa kali membawa pelakon jelita Nur Fazura berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.

Menurut Fattah, beliau gembira kerana keluarganya menerima Fazura dengan baik, lapor Astro Gempak.

"Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaru malam ini (26 Sep).

"Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik.

"Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini.

"Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.

Fattah berkata demikian semasa diwawancara di majlis sambutan hari jadi beliau dan juga Fazura, 'Fattzura Birthday Bash', yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Majlis itu dianjurkan khas oleh pihak pengurusan Fattah dan diraikan bersama oleh Fattzura, iaitu kelab peminat kedua-dua pelakon tersebut. Di majlis itu juga Fattah dan Fazura mendendangkan lagu duet mereka 'Hero Seorang Cinderella'.

'Hero' berusia 27 tahun itu sempat mengusik 'manja' dengan menjawab "iya saya" apabila Fazura menyebut "Sayang" daripada bait lagu tersebut.

Sayang... ye saya? ok nak pengsan seumur hidup ���� #fattzurabirthdaybash . �� _nurulakmar

A post shared by la la land �� (@ohcindalala) on

 

Semasa majlis itu, Fazura, 34 tahun, juga berjumpa dengan keluarga Fattah dan bersalaman serta berpelukan dengan ibunya, lapor Astro Gempak. Menerusi satu rakaman di Instagram, Fazura boleh dilihat mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Fattah dan kedengaran seolah-olah memanggil mereka "ibu" dan "ayah".

Apabila ditanya sejauh manakan hubungan beliau dengan Fazura, Fattah berkata beliau hanya berserah pada jodoh.

"Hubungan kami baik, itu sahaja yang boleh saya beritahu.

"Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik-baik daripada mereka.

"Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh," katanya lagi.

Pasangan pelakon itu bakal muncul dalam sebuah telemovie terbaru, Wanita Terindah, pada bulan November nanti.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan