Images
  • wany fathia
    Fathia Latiff berfikir Wany Hasrita tidak layak mendapat gelaran Anugerah Bintang Paling Popular. (Gambar: @fatiyalatiff/@wanyhasrita/Instagram)

Fathia: Wany tidak layak dapat gelaran Anugerah Bintang Paling Popular

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah memadam gambar di Instagram yang disertakan dengan kapsyen sinis, pelakon Fathia Latiff mengatakan beliau masih berfikir Wany Hasrita tidak layak mendapat gelaran Anugerah Bintang Paling Popular.

Fathia sekali lagi terpalit kontroversi selepas memuat naik gambar Wany Hasrita ke laman Instagramnya beberapa hari lalu menyusuli kemenangan penyanyi itu.

"Suara pun macam katak, ada hati nak menang. Nampak sangat RASUAH. FACE THE REALITY LISTEN TO HER SONG CAREFULLY (Hadapi kenyataan, teliti lagunya)," tulis Fathia di laman Instagram. Beliau bagaimanapun sudah memadam gambar itu tetapi ramai peminat sempat mengambil petikan gambar posting beliau.

Diminta mengulas tentang tindakannya, Fathia, 31 tahun, memberitahu mStar bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi lagu Menahan Rindu itu tetapi beliau bertegas Wany "masih belum layak untuk memenangi anugerah tersebut dan ramai lagi selebriti yang sudah lama berada dalam industri dan mereka lebih popular berbanding Wany".


Paparan skrin status Fathia mengenai Wany yang sempat diambil oleh netizen sebelum dipadamnya.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) berlangsung pada Ahad lalu (7 Okt). Dalam acara itu, Wany turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Menurut mStar, sistem pengundian pemenang dalam pertandingan berkenaan dilakukan menerusi dalam talian.

Ditanya mengapa beliau memadamkan foto itu pula, Fathia berkata: "Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany.

"Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut."

Laman itu melaporkan Wany juga mempertikaikan mengapa Fathia memadam posting tersebut dan tidak mempunyai pendirian tetap. Namun, beliau memilih untuk tetap menghormati segala kritikan yang dilemparkan ke atasnya.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top