Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fasha Sandha minta maaf kepada Aaron Aziz. Ini sebabnya ...

Pelakon terkenal Malaysia, Fasha Sandha, baru-baru ini mendedahkan: "Sampai beberapa kali I minta maaf kat Aaron sebab ..." 

Anggaran Waktu Membaca:
Fasha Sandha minta maaf kepada Aaron Aziz. Ini sebabnya ...

Fasha Sanda dan Aaron Aziz. (Gambar: Aaron Aziz/Instagram)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 11:18AM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:26AM

KUALA LUMPUR: "Sampai beberapa kali I minta maaf kat Aaron sebab lupa panggil Datuk," dedah pelakon terkenal Malaysia, Fasha Sandha, baru-baru ini.

Mungkin ada dalam kalangan mereka yang sudah dianugerahi gelaran kehormat Datuk lebih gemar dipanggil 'Datuk'. Ada juga yang mungkin berasa marah sekiranya gelaran itu tidak disebut, namun tidak begitu bagi Aaron Aziz.

Meskipun bergelar Datuk sejak lebih setahun lalu, pelakon yang berasal dari Singapura itu tetap bersikap rendah diri. Malah, sifat positif yang ditonjolkan Aaron turut dipuji oleh rakan artisnya.

Pada Khamis (10 Jan), Fasha memuat naik sekeping gambar bersama Aaron di laman Instagramnya dengan kapsyen: "Datuk Aaron. Beliau adalah seorang Datuk yang humble. Dia terlalu sempoi.

"Sampai beberapa kali I minta maaf kat Aaron sebab lupa panggil Datuk but he said tak payah panggil Datuk sebab kita dah kawan lama."

Fasha dan Aaron kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbaru, Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Dalam gambar yang dimuatnaikkan itu, Fasha dilihat menggayakan seragam sekolah, sekaligus menerima perhatian pengikut dan peminatnya yang tertarik dengan penampilan pelakon itu yang sentiasa kelihatan muda.

Drama terbaru, arahan Along Kamaluddin, itu berdasarkan novel yang berjudul sama oleh penulis novel, Hana Ilhami.

Selain dibintangi oleh Fasha dan Aaron, drama Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production juga akan menampilkan pelakon-pelakon seperti Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid dan Elly Mazlein.  

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan